Wednesday, December 8, 2010

Kedudukan Kemalangan Jalanraya Berlaku....

Setiap hari kita akan terbaca berita, menonton televisyen maupun mendengar radio mengenai kemalangan maut atau kemalangan ringan berlaku di atas jalanraya. Keaadaan sedih dan pilu berlaku kepada keluarga yang terlibat. Terdapat banyak faktor kemalangan boleh berlaku terutamanya berpunca dari pemandu. 

Sebagai pemandu dan bakal pemandu kita perlu tahu beberapa kedudukan pelanggaran  yang perlu di elakkan daripada berlaku sebagaimana berikut :-

1) Dengan kenderaan di hadapan.
2) Dengan kenderaan di belakang.
3) Ketika memotong.
4) Ketika dipotong
5) Di persimpangan jalan.
6) Dengan kenderaan dari arah hadapan.
7) Jatuh Jambatan
8) Dengan pejalan kaki.
9) Terbabas Dalam Gaung.
10) Di persimpangan lampu isyarat.
11) Ketika Menukar lorong.

Kalau hendak di senaraikan banyak lagi yang kita boleh tulis tapi perkara yang paling penting kita mesti ada ilmu pemanduan, kemahiran dan pengalaman memandu yang baik dan sempurna untuk mengelakkan kecelakaan berlaku di atas jalanraya.

Saya ambil  contoh apabila kita hendak keluar dari persimpangan, sentiasa amalkan empat peraturan ini iaitu (1) Tahu arah - pastikan lorong yang betul
(2) Perlahankan kenderaan.
(3) Isyarat.- pastikan lampu isyarat di nyalakan samada kanan atau kiri.
(4) Berhenti & Bergerak dgn berhati-hati.- pastikan keadaan dari kanan, kiri atau hadapan selamat sebelum bergerak keluar dari persimpangan.

Selain daripada itu sentiasa kita amalkan peraturan 2 atau 4 saat, peraturan 12 saat, kawasan Blindspot, mengenalpasti Hidroplanning dan apa yang perlu di lakukan, penggunaan cermin sisi kiri kanan dan pandang belakang dan beberapa peraturan lain berkaitan.

Di harap sedikit sebanyak maklumat di atas dapat membantu anda memperbaiki cara pemanduan kita yang memandu semborono atau mantapkan lagi pemanduan anda yang telah tersedia memandu secara berhemat. Hingga jumpa lagi di lain tajuk.

Monday, November 22, 2010

Tawaran Harga Istimewa Untuk Lepasan SPM/STPM 2010

Pemanduan Berhemat mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada seramai 467,970 orang calon di 3,594 pusat peperiksaan begitu juga kepada  seramai 53,674 calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. SPM mulai dari 23 November hingga 20 Disember ini manakala STPM 23 November sehingga 16 Disember 2010. Semoga anda lulus cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading kelak.

Setelah tamat peperiksaan  tersebut anda boleh mula merancang masa yang ada sebelum keputusan keluar dengan satu lagi keperluan yang penting kepada kita semua pada zaman moden ini serta untuk masa depan anda iaitu lesen memandu. Kami memberikan harga istimewa untuk lepasan SPM/STPM 2010 bagi kelas D (Kereta) hanya RM 700 (Harga Biasa RM 800) iaitu diskaun sehingga RM 100!!!!!. Harga termasuk lesen L & Lesen P. Rebutlah peluang yang di tawarkan.......

Kebiasaannya akan boleh memperolehi lesen memandu dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh pendaftaran dengan program kursus, latihan dan ujian yang kami aturkan.

Jangan tunggu di saat-saat terakhir.....







Thursday, July 15, 2010

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memperolehi Lesen Memandu

Masih ramai antara kita yang tidak jelas mengenai kelayakan umur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia. Anda hanya perlu dua perkara penting yang mesti di penuhi iaitu kelayakan umur dan kesihatan bakal pemandu seperti sihat tubuh badan dan mampu memahami peraturan dan undang-undang jalanraya.
Dari segi kelayakan umur seseorang hendaklah memenuhi umur minima mengikut jenis lesen dan kenderaan yang ingin di pandu sebagaimana di bawah :-

1) 16 ( Enam Belas ) Tahun untuk lesen kelas A( Kenderaan Orang Cacat), B (Motosikal melebihi 500 cc), B2 ( Motosikal tidak melebihi 250cc ) dan C ( Motosikal Roda Tiga).

2) 17 ( Tujuh Belas ) Tahun untuk lesen  kelas D (Kereta).

3) 21 ( Dua Puluh Satu ) Tahun bagi kenderaan dan lesen kelas E hingga I.

    Bagi permohonan Lesen Kelas E, pemohon mesti memegang lesen kelas CDL kelas D bagi tempoh setahun  ( cth: lesen pertama jenis CDL kelas B2 & kemudian tambah kelas D. Pemegang lesen ini akan terus memperolehi lesen CDL kelas B2,D dan mesti tunggu setahun matang D sebelum memohon kelas E) baharulah di benarkan memohon lesen Lori.

Dari segi kelayakan kesihatan, seseorang pemohon di benarkan mengambil lesen memandu selagi sihat tubuh badan, tidak buta warna dan boleh melihat kehadapan sehingga 23 meter.

Manakala bagi pemohon cacat (OKU) hendaklah mendapatkan surat permohonan pemeriksaan kesihatan daripada JPJ dan membuat pemeriksaan doktor yang boleh mengesahkan pemohon layak memandu tanpa mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya. Kebiasaannya mereka harus mempunyai kenderaan sendiri untuk latihan dan ujian mengikut syarat-syarat yang di tetapkan.
Di harap maklumat yang di paparkan memberi sedikit gambaran kepada ibu bapa dan mereka yang merancang mendapatkan lesen memandu di mana-mana sekolah memandu dan institut memandu berhampiran tempat tinggal masing-masing pada masa akan datang.
Sekian. Kita jumpa lagi di lain catatan.....

KETAHUI JENIS LESEN MEMANDU

Kali ini saya akan terangkan beberapa jenis lesen memandu untuk makluman tuan puan yang mengunjungi blog pemanduan berhemat ini. Jenis-jenis lesen memandu di keluarkan mengikut kegunaan sesuatu lesen di atas jalanraya Malaysia sebagaimana di bawah:-
1 LDL ( Learner Driving Licence ) iaitu lesen belajar memandu atau di kenali lesen "L" bagi membolehkan seseorang belajar memandu kenderaan mengikut kelas di keluarkan seperti kelas B,B2,D,E. Lesen 'L' sah tempoh sehingga 2 tahun di kira mulai tarikh lulus ujian Bhg 1 (Komputer/Bertulis) sehingga 24 bulan tetapi perlu di perbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika masih belum mengambil/lulus ujian JPJ.

2. PDL ( Probationary Driving Licence ) iaitu lesen memandu percubaan di keluarkan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ bagi tempoh 2 tahun.
3. CDL ( Competent Driving Licence ) iaitu lesen memandu kompeten di keluarkan setelah pemandu baru tamat tempoh percubaan memandu. Boleh di perbaharui untuk tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan 5 tahun sahaja. Manakala bagi mereka yang keluar negara dan ingin memandu kenderaan mereka perlu mendapatkan permit :-
    1. IDP ( International Driving Permit ) iaitu Permit Memandu Antarabangsa di keluarkan untuk pemegang lesen CDL yang ingin memandu di negara asing. 
4. Lesen Memandu Vokasional seperti PSV Teksi, PSV Bas, PSV Van, GDL kejur, GDL Bersendi dan Lesen Konduktor di keluarkan bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan.

Di harap sedikit maklumat di atas dapat membantu kita memahami dengan jelas jenis-jenis lesen memandu yang di keluarkan di negara Malaysia. Insya Allah kita akan jumpa lagi dengan topik lain selepas ini.

Monday, March 1, 2010

Sikap Dan Tanggungjawab Pemandu Terhadap Motokar Sekolah/Institut Memandu

Bersua kembali kita dalam blog pemanduan berhemat, pada kali ini saya ingin menulis mengenai sikap dan tanggungjawab para pemandu yang mempunyai lesen P maupun CDL (Penuh) terhadap motokar sekolah/institut memandu yang sedang mengajar atau di uji oleh Jurulatih atau Pegawai JPJ.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri semasa memberi latihan dan pengajaran kepada bakal-bakal pemandu baru, masih terdapat segelintir pemandu yang mungkin kurang pengetahuan atau tiada pengetahuan atau ada pengetahuan tapi hendak menunjuk kemahiran memandu atau memang kurang cerdik yang suka mengikut rapat atau membunyikan Hon terhadap 'kereta L' kerana tiba-tiba mati enjin atau brek mengejut terhadap halangan di hadapannya. Selain daripada itu ada juga pemandu yang kurang cerdik sedikit masih memotong lorong kanan walaupun kereta dihadapan telah memberikan isyarat secukupnya hendak memasuki persimpangan ke kanan. Inikah sikap segelintir rakyat kita semasa memandu di atas jalanraya yang di tunjukkan kepada bakal-bakal pemandu baru????.

Sepatutnya apabila kita sedang memandu dan mengekori kenderaan sekolah/institut memandu yang ada tanda L pada badan kenderaan, hendaklah kita berhati-hati dan menganggap kenderaan tersebut boleh membawa bahaya kepada kita. Di mana 'kenderaan L' tersebut sedang di pandu oleh seseorang yang tidak mahir, tidak cekap dan yang pentingnya baru hendak belajar memandu kenderaan. 

Pemandu lama seharusnya mengingati kembali nostalgia saat-saat mereka mula-mula belajar memandu dahulu sama juga terkial-kial pertama kali memandu kenderaan. Tiada manusia di atas muka bumi Allah Taala yang apabila lahir terus membawa kereta!!!!!. Kalau pemandu lama merasa mereka memandu kenderaan besar  seperti lori dan bas mereka pun merasa hebat dan kebal semasa memandu, di harap cuba insaf diri dan renungkan kembali akibatnya jika berlaku kemalangan atau kematian akibat keegoaan kita tidak menghormati pemandu baru yang sedang belajar.

Kalau tak dapat fikir juga apa yang saya coretkan di atas, cuba bayangkan bahawa mungkin anak cucu atau saudara kita kelak akan mengambil lesen memandu juga dan menghadapi situasi yang sama sebagaimana kita lakukan terhadap pemandu baru lain, tentu kita pun akan merasa marah dan tidak suka jika terkena batang hidung sendiri.

Berikut adalah beberapa situasi yang kemungkinan besar terjadi apabila seseorang yang sedang belajar memandu membawa kenderaan atau kereta sekolah/institut memandu di atas jalanraya:-

1) Kereta di pandu perlahan kebiasaannya di bawah 60 km/j.
2) Kereta di pandu tidak stabil kawalan steering iaitu ke tepi dan ke tengah jalan.
3) Kereta mungkin terhenti secara mengejut di tengah-tengah jalan.
4) Kereta mungkin tiba-tiba di pandu laju kerana terkejut.
5) Kereta tiba-tiba memasuki lorong sebelah.

Seharus dan sebetulnya sebagai pemandu kenderaan yang bijak dan cerdik, kita hendaklah mengambil dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan pemandu yang sedang belajar atau di uji tersebut, sebagaimana berikut:-

1) Pastikan jarak mengekori yang selamat iaitu dengan mengamalkan peraturan 2 saat tidak terlalu rapat.
2) Jangan membunyikan hon atau menunjukkan tanda amaran/lucah jika kereta di pandu perlahan. Kita seharusnya memastikan hadapan selamat dan memotong kereta yang perlahan dengan tenang dan hormat.
3) Tanamkan sikap sabar, bertolak ansur dan menghormati pemandu lain kerana kita pun menghadapi situasi yang sama sewaktu pertama kali belajar memandu dahulu.
4) Mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya yang sedia ada contohnya jika pemandu baru sekolah/institut memandu memberi isyarat hendak memasuki persimpangan ke kanan, kita boleh memotong dari sebelah kiri atau berhenti dahulu di belakang kereta tersebut.

Di harap apa yang di nukilkan sedikit sebanyak dapat di ambil pengajaran sebagai panduan kepada semua pemandu lama maupun bakal-bakal pemandu baru. Wassalam.TQ

Saturday, January 9, 2010

Konsep Love - Laluan Selamat (Escape Route)

Apa khabar & Selamat tahun baru 2010. Sudah agak lama saya tidak menulis dalam blog ini kerana agak sibuk sikit menguruskan aktiviti harian. Pada kali ini kita sambung pengertian E atau Escape Route (Laluan Selamat) dalam pemanduan berhemat.


Meskipun pada setiap hari kemalangan maut dan mengerikan berlaku di atas jalanraya, namun masih ramai pemandu yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian tersebut. Bila memandu sahaja di atas jalanraya ada segelintir pemandu yang kurang cerdik, tak waras, sakit mental, mengalami tekanan jiwa memandu dengan merbahaya dan suka mengekori terlampau atau terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan.

Apa yang saya hendak ceritakan dalam ruangan ini contoh laluan selamat ialah :-
1) Memastikan jarak mengekori menggunakan peraturan dua saat atau empat saat.
2) Memastikan keadaan di sekeliling kenderaan samada kiri, kanan, depan dan belakang selamat dari kenderaan lain yang di pandu bersebelahan samada semasa memotong atau di potong  atau  bergerak beriringan maupun kenderaan yang di ekori serta mengekori.
3) Memastikan pandangan mata kita sentiasa mengamalkan pandang depan pandang jauh atau 100 meter kehadapan atau 12 saat agar dapat mengenalpasti halangan awal. Contoh kita melihat ada kereta laju hendak masuk dari susur kiri ke lebuhraya maka dengan ilmu laluan selamat yang kita pelajari kita boleh menukar laluan ke lorong selamat yang tengah atau berhati-hati dengan memberi laluan kereta itu masuk dahulu untuk memastikan pemanduan lancar dan mengelakkan kemalangan.

Demikian contoh dan pengertian ringkas laluan selamat. Apapun dalam pemanduan kita seharian yang penting kita saling bertimbang rasa dan bertolak ansur antara para pengguna jalanraya agar dapat berhemah di atas jalanraya.Tq