Thursday, July 15, 2010

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memperolehi Lesen Memandu

Masih ramai antara kita yang tidak jelas mengenai kelayakan umur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia. Anda hanya perlu dua perkara penting yang mesti di penuhi iaitu kelayakan umur dan kesihatan bakal pemandu seperti sihat tubuh badan dan mampu memahami peraturan dan undang-undang jalanraya.
Dari segi kelayakan umur seseorang hendaklah memenuhi umur minima mengikut jenis lesen dan kenderaan yang ingin di pandu sebagaimana di bawah :-

1) 16 ( Enam Belas ) Tahun untuk lesen kelas A( Kenderaan Orang Cacat), B (Motosikal melebihi 500 cc), B2 ( Motosikal tidak melebihi 250cc ) dan C ( Motosikal Roda Tiga).

2) 17 ( Tujuh Belas ) Tahun untuk lesen  kelas D (Kereta).

3) 21 ( Dua Puluh Satu ) Tahun bagi kenderaan dan lesen kelas E hingga I.

    Bagi permohonan Lesen Kelas E, pemohon mesti memegang lesen kelas CDL kelas D bagi tempoh setahun  ( cth: lesen pertama jenis CDL kelas B2 & kemudian tambah kelas D. Pemegang lesen ini akan terus memperolehi lesen CDL kelas B2,D dan mesti tunggu setahun matang D sebelum memohon kelas E) baharulah di benarkan memohon lesen Lori.

Dari segi kelayakan kesihatan, seseorang pemohon di benarkan mengambil lesen memandu selagi sihat tubuh badan, tidak buta warna dan boleh melihat kehadapan sehingga 23 meter.

Manakala bagi pemohon cacat (OKU) hendaklah mendapatkan surat permohonan pemeriksaan kesihatan daripada JPJ dan membuat pemeriksaan doktor yang boleh mengesahkan pemohon layak memandu tanpa mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya. Kebiasaannya mereka harus mempunyai kenderaan sendiri untuk latihan dan ujian mengikut syarat-syarat yang di tetapkan.
Di harap maklumat yang di paparkan memberi sedikit gambaran kepada ibu bapa dan mereka yang merancang mendapatkan lesen memandu di mana-mana sekolah memandu dan institut memandu berhampiran tempat tinggal masing-masing pada masa akan datang.
Sekian. Kita jumpa lagi di lain catatan.....

KETAHUI JENIS LESEN MEMANDU

Kali ini saya akan terangkan beberapa jenis lesen memandu untuk makluman tuan puan yang mengunjungi blog pemanduan berhemat ini. Jenis-jenis lesen memandu di keluarkan mengikut kegunaan sesuatu lesen di atas jalanraya Malaysia sebagaimana di bawah:-
1 LDL ( Learner Driving Licence ) iaitu lesen belajar memandu atau di kenali lesen "L" bagi membolehkan seseorang belajar memandu kenderaan mengikut kelas di keluarkan seperti kelas B,B2,D,E. Lesen 'L' sah tempoh sehingga 2 tahun di kira mulai tarikh lulus ujian Bhg 1 (Komputer/Bertulis) sehingga 24 bulan tetapi perlu di perbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika masih belum mengambil/lulus ujian JPJ.

2. PDL ( Probationary Driving Licence ) iaitu lesen memandu percubaan di keluarkan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ bagi tempoh 2 tahun.
3. CDL ( Competent Driving Licence ) iaitu lesen memandu kompeten di keluarkan setelah pemandu baru tamat tempoh percubaan memandu. Boleh di perbaharui untuk tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan 5 tahun sahaja. Manakala bagi mereka yang keluar negara dan ingin memandu kenderaan mereka perlu mendapatkan permit :-
    1. IDP ( International Driving Permit ) iaitu Permit Memandu Antarabangsa di keluarkan untuk pemegang lesen CDL yang ingin memandu di negara asing. 
4. Lesen Memandu Vokasional seperti PSV Teksi, PSV Bas, PSV Van, GDL kejur, GDL Bersendi dan Lesen Konduktor di keluarkan bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan.

Di harap sedikit maklumat di atas dapat membantu kita memahami dengan jelas jenis-jenis lesen memandu yang di keluarkan di negara Malaysia. Insya Allah kita akan jumpa lagi dengan topik lain selepas ini.