Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri semasa memberi latihan dan pengajaran kepada bakal-bakal pemandu baru, masih terdapat segelintir pemandu yang mungkin kurang pengetahuan atau tiada pengetahuan atau ada pengetahuan tapi hendak menunjuk kemahiran memandu atau memang kurang cerdik yang suka mengikut rapat atau membunyikan Hon terhadap 'kereta L' kerana tiba-tiba mati enjin atau brek mengejut terhadap halangan di hadapannya. Selain daripada itu ada juga pemandu yang kurang cerdik sedikit masih memotong lorong kanan walaupun kereta dihadapan telah memberikan isyarat secukupnya hendak memasuki persimpangan ke kanan. Inikah sikap segelintir rakyat kita semasa memandu di atas jalanraya yang di tunjukkan kepada bakal-bakal pemandu baru????.
Sepatutnya apabila kita sedang memandu dan mengekori kenderaan sekolah/institut memandu yang ada tanda L pada badan kenderaan, hendaklah kita berhati-hati dan menganggap kenderaan tersebut boleh membawa bahaya kepada kita. Di mana 'kenderaan L' tersebut sedang di pandu oleh seseorang yang tidak mahir, tidak cekap dan yang pentingnya baru hendak belajar memandu kenderaan.
Pemandu lama seharusnya mengingati kembali nostalgia saat-saat mereka mula-mula belajar memandu dahulu sama juga terkial-kial pertama kali memandu kenderaan. Tiada manusia di atas muka bumi Allah Taala yang apabila lahir terus membawa kereta!!!!!. Kalau pemandu lama merasa mereka memandu kenderaan besar seperti lori dan bas mereka pun merasa hebat dan kebal semasa memandu, di harap cuba insaf diri dan renungkan kembali akibatnya jika berlaku kemalangan atau kematian akibat keegoaan kita tidak menghormati pemandu baru yang sedang belajar.
Kalau tak dapat fikir juga apa yang saya coretkan di atas, cuba bayangkan bahawa mungkin anak cucu atau saudara kita kelak akan mengambil lesen memandu juga dan menghadapi situasi yang sama sebagaimana kita lakukan terhadap pemandu baru lain, tentu kita pun akan merasa marah dan tidak suka jika terkena batang hidung sendiri.
Berikut adalah beberapa situasi yang kemungkinan besar terjadi apabila seseorang yang sedang belajar memandu membawa kenderaan atau kereta sekolah/institut memandu di atas jalanraya:-
1) Kereta di pandu perlahan kebiasaannya di bawah 60 km/j.
2) Kereta di pandu tidak stabil kawalan steering iaitu ke tepi dan ke tengah jalan.
3) Kereta mungkin terhenti secara mengejut di tengah-tengah jalan.
4) Kereta mungkin tiba-tiba di pandu laju kerana terkejut.
5) Kereta tiba-tiba memasuki lorong sebelah.
Seharus dan sebetulnya sebagai pemandu kenderaan yang bijak dan cerdik, kita hendaklah mengambil dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan pemandu yang sedang belajar atau di uji tersebut, sebagaimana berikut:-
1) Pastikan jarak mengekori yang selamat iaitu dengan mengamalkan peraturan 2 saat tidak terlalu rapat.
2) Jangan membunyikan hon atau menunjukkan tanda amaran/lucah jika kereta di pandu perlahan. Kita seharusnya memastikan hadapan selamat dan memotong kereta yang perlahan dengan tenang dan hormat.
3) Tanamkan sikap sabar, bertolak ansur dan menghormati pemandu lain kerana kita pun menghadapi situasi yang sama sewaktu pertama kali belajar memandu dahulu.
4) Mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya yang sedia ada contohnya jika pemandu baru sekolah/institut memandu memberi isyarat hendak memasuki persimpangan ke kanan, kita boleh memotong dari sebelah kiri atau berhenti dahulu di belakang kereta tersebut.
Di harap apa yang di nukilkan sedikit sebanyak dapat di ambil pengajaran sebagai panduan kepada semua pemandu lama maupun bakal-bakal pemandu baru. Wassalam.TQ