Masih ramai antara kita yang tidak jelas mengenai kelayakan umur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia. Anda hanya perlu dua perkara penting yang mesti di penuhi iaitu kelayakan umur dan kesihatan bakal pemandu seperti sihat tubuh badan dan mampu memahami peraturan dan undang-undang jalanraya.
Dari segi kelayakan umur seseorang hendaklah memenuhi umur minima mengikut jenis lesen dan kenderaan yang ingin di pandu sebagaimana di bawah :-
1) 16 ( Enam Belas ) Tahun untuk lesen kelas A( Kenderaan Orang Cacat), B (Motosikal melebihi 500 cc), B2 ( Motosikal tidak melebihi 250cc ) dan C ( Motosikal Roda Tiga).
2) 17 ( Tujuh Belas ) Tahun untuk lesen kelas D (Kereta).
3) 21 ( Dua Puluh Satu ) Tahun bagi kenderaan dan lesen kelas E hingga I.
Bagi permohonan Lesen Kelas E, pemohon mesti memegang lesen kelas CDL kelas D bagi tempoh setahun ( cth: lesen pertama jenis CDL kelas B2 & kemudian tambah kelas D. Pemegang lesen ini akan terus memperolehi lesen CDL kelas B2,D dan mesti tunggu setahun matang D sebelum memohon kelas E) baharulah di benarkan memohon lesen Lori.
Dari segi kelayakan kesihatan, seseorang pemohon di benarkan mengambil lesen memandu selagi sihat tubuh badan, tidak buta warna dan boleh melihat kehadapan sehingga 23 meter.
Manakala bagi pemohon cacat (OKU) hendaklah mendapatkan surat permohonan pemeriksaan kesihatan daripada JPJ dan membuat pemeriksaan doktor yang boleh mengesahkan pemohon layak memandu tanpa mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya. Kebiasaannya mereka harus mempunyai kenderaan sendiri untuk latihan dan ujian mengikut syarat-syarat yang di tetapkan.
Di harap maklumat yang di paparkan memberi sedikit gambaran kepada ibu bapa dan mereka yang merancang mendapatkan lesen memandu di mana-mana sekolah memandu dan institut memandu berhampiran tempat tinggal masing-masing pada masa akan datang.
Sekian. Kita jumpa lagi di lain catatan.....