Sunday, October 21, 2012

Pemeriksaan Kenderaan ( Vehicle Inspection ) ( Bhg 1)

Ramai antara kita samaada pemandu baru, lama dan bakal-bakal pemandu yang kurang pengetahuan mengenai  Pemeriksaan Kenderaan ( Vehicle Inspection ) setiap kali sebelum, semasa, dan selepas perjalanan tidak kira ke mana-mana destinasi yang anda ingin tujui.

Pada kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit teknik pemeriksaan kenderaan terutama bahagian luaran yang  boleh kita lakukan setiap kali sebelum, semasa dan selepas perjalanan tidak kira apa-apa jenis kenderaan darat seperti kereta, motorsikal, bas, teksi, van dan seumpamanya. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengesan dan menjaga kenderaan kita agar selamat dan mengurangkan risiko kerosakan dalam perjalanan sebelum di hantar ke bengkel jika terdapat kerosakan atau kehausan yang kita kesan.

Kebiasaanya anda boleh luangkan masa lebih kurang 15 - 20 minit untuk melakukan pemeriksaan bahagian Enjin serta luaran kenderaan terhadap beberapa alat menggunakan formula "POWER" terutamanya pada bahagian enjin. Ia di lakukan secara sistematik dan pastikan tempat yang selamat untuk di lakukan. Di mana POWER mewakili :-

  1. P = Petroleum iaitu samada minyak Petrol atau Diesel
  2. O= Oil seperti minyak enjin, minyak brek, minyak power steering, minyak gear box.
  3. W= Water seperti air radiator/coolant, air bateri, air wiper.
  4. E = Electricity seperti pendawaian pada bateri.
  5. R = Rubber seperti hos-hos getah dalam ruangan enjin.


Manakala pada bahagian luaran pemeriksaan badan kenderaan, tayar, lampu, no plat, signal dan seumpamanya. Bagaimana dan apa yang perlu kita periksa akan di terangkan lagi pada ruangan akan datang. Semoga sedikit sebanyak dapat kita kongsi teknik pemeriksaan dan dapat di amalkan sebagai rutin sebelum perjalanan di lakukan.