Bersua kita kembali, saya akan menyambung perbincangan mengenai operasi kereta gear manual, setelah kita memahami peralatan asas A, B, C (Accelerator, Brake, Clucth) dan kaki mana yang perlu di gunakan, saya akan terangkan penggunaan gear manual. (AMARAN: Pastikan anda telah di beri penerangan dengan jelas oleh Jurulatih Memandu Bertauliah @ mereka yang mempunyai lesen kereta- Penerangan ini sekadar untuk nota ulangkaji LATIHAN. PASTIKAN LATIHAN BERSAMA /JURULATIH @ ORANG YANG MAHIR JANGAN BERSENDIRIAN KERANA BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA @KEROSAKAN KERETA )
Pertama : Anda hendaklah tahu kedudukan gear 1 hingga 4 atau 5 dan R (Reverse/Mengundur) serta mengingati dalam kepala/minda. Tengok dan perhatikan dulu serta ingat . Sila rujuk foto...
Kedua : Dalam keadaan kereta tidak bergerak tetapi enjin di hidupkan, handbrake di angkat dan gear dalam kedudukan Neutral (bebas) ditengah-tengah, anda menekan klac (clutch) menggunakan kaki kiri sehingga mencecah lantai @ tekan habis klac dan jangan angkat sepanjang anda berlatih memasukkan gear. Pastikan jangan tengok gear dan kaki semasa latihan, biasakan dengan sentuhan dan rasa pergerakan tangan mengikut arah gear.
Ketiga : Kemudian memasukkan setiap gear mulai :-
Gear 1~ dengan tolakkan tuil/batang gear ke kiri hingga menyentuh dinding dan tolak perlahan ke depan.
Gear 2 ~ daripada gear 1 perlahan tarik ke belakang dalam kedudukan lurus.
Gear 3 ~ daripada gear 2 tolak perlahan ke depan tengah lepaskan tuil gear dan perlahan tolak ke depan.
Gear 4 ~ daripada gear 3 tarik ke belakang perlahan dalam kedudukan lurus.
Gear 5 ~ daripada gear 4 tolak perlahan ke depan tengah, tolak ke kanan hingga menyentuh dinding gear dan tolak ke depan perlahan.
Gear Neutral ~ dari gear 5 tarik ke belakang tengah dan lepaskan.
Gear akan bebas di tengah-tengah di mana jika kita angkat klac enjin tidak akan mati.
Gear R (Reverse/Mengundur) ~ daripada kedudukan gear free tekan klac balik, kemudian tolak tuil gear ke kanan dan tolak ke belakang perlahan.
Bila anda tahu kedudukan gear yang betul dan cara menggunakannya dan boleh cuba memasukkan gear tanpa ikut urutan nombor sebagai latihan. Contohnya mulai gear 5, 4, 2,1 atau 3, 2, 1, 5, R dan seumpamanya. Selamat berlatih.....InsyaAllah dalam penulisan akan datang saya akan membincangkan bagaimana mengerakkan kereta menggunakan gear 1 sehingga 5, dan bagaimana menggunakan gear reverse....Tq
Thursday, November 28, 2013
Wednesday, September 18, 2013
Senangnya Memandu Kereta Gear Manual (Bhg 1)
Kesempatan kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara menggunakan gear kereta manual. Ramai di antara kita biasanya akan fobia atau takut untuk mempelajari kereta manual kerana selalu mati enjin dan melompat-lompat, sedangkan sebenarnya ia paling senang dan mudah sekali untuk di pelajari jika kena caranya. Saya akan memberikan tips-tips dan tekniknya dalam ruangan ini dan artikel berikutnya nanti.
Secara asasnya semua kereta manual mempunyai kedudukan gear yang sama cuma mungkin berbeza pada kedudukan gear R (Reverse) atau lokasi kedudukan gear ada yang di letak pada steering dan ada yang di letakkan pada tengah dashboard. Kebanyakkan gear manual terletak di tengah-tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang depan.
Peralatan yang berkait rapat dengan gear adalah klac (Clucth) yang terletak di bawah tempat kaki pemandu sebelah kiri sekali. Rujuk pada foto. Bagi anda yang terutamanya pertama kali baru belajar kereta atau yang sedang belajar memandu pastikan faham dan tahu apakah fungsi klac, brek dan minyak (accelerator) atau senang ingat A, B, C bukannya air batu campur tapi Accelerator (Minyak), Brake (Brek) dan Clucth (Klac).
Setkan dalam ingatan dan minda kita cara gunanya iaitu kaki kiri untuk klac sahaja, manakala kaki kanan untuk minyak dan brek kaki. Yang paling penting......ingat, ingat, dan ingat ya, pastikan klac tu di tekan rapat ke lantai dulu barulah di masukkan gearnya.
Pastikan anda ingat kedudukan gear ni dalam kepala, dan jangan sekali-kali tengok gear apabila hendak menukar gear nanti. Setiap kali pertukaran gear pastikan tengok ke hadapan dan pandang depan pandang jauh sejauh mata kita boleh nampak. Masa latihan biasanya Jurulatih akan ingatkan beberapa kali, tapi kalau boleh terus setkan dalam minda kita setelah di beri penerangan tentang Sistem Kawalan Kenderaan (S.K.K).
Satu lagi petua sebelum anda belajar memandu dan membawa kereta, anda hendaklah tanamkan keyakinan dan keberanian dalam diri dan pelajari dan fahami betul-betul apa yang di terangkan oleh Cikgu/Jurulatih.
Insya Allah, saya akan sambung lagi macam mana hendak memulakan gear satu dan pertukaran gear lain dalam artikel akan datang....selamat membaca......
Saturday, June 15, 2013
Anda Takut Atau Fobia Memandu? ( Mereka Yang Dah Ada Lesen Memandu )
Assalamualaikum, bersua kita kembali dalam blog ini, kali ini saya akan memberikan beberapa tips dan panduan bagaimana cara memandu yang selamat dan betul tatkala memegang steering kereta maupun kenderaan lain di atas jalanraya.
“Cikgu saya dah lama
tak memandu tapi lesen dah dapat 5 tahun”…… antara persoalan yang sering di kemukakan oleh pemegang lesen
memandu. Terdapat segelintir daripada pemegang lesen memandu terutama kaum wanita
kurang keyakinan dan takut memandu apabila mendapat lesen dan hanya menjadikan
lesen sebagai simpanan dalam beg tangan. Kenapa?
Berdasarkan pengalaman
saya sebagai seorang pemandu, penceramah serta pengajar memandu antara puncanya
adalah:-
1 ) Kurang keyakinan
diri.
2) Takut berlaku
kemalangan.
3) Kurang latihan
memandu dan jarang memandu kereta.
4) Tidak ada kereta
sendiri.
5) Latihan memandu
hanya di kawasan sekitar laluan dan parking ujian memandu di institut memandu
sahaja.
6) Menghafal tanpa memahami
sistem kawalan kenderaan menyebabkan mereka lupa setelah lama tidak memandu.
7) Mengambil lesen
memandu sekadar memenuhi masa lapang atau memenuhi kehendak ibu bapa tapi tidak minat memandu.
8) Mempunyai tanggapan
setiap kenderaan berbeza cara mengendalikannya mengikut besar atau kecil saiz
kereta walaupun peraturan dan undang-undang lesen memandu kelas D boleh memandu
semua jenis kereta samaada kereta auto maupun manual.
Serta banyak lagi
sebab-sebab yang pembaca boleh senaraikan sendiri.
Bagi mereka yang
mengalami perkara-perkara di atas, mereka perlu mendapatkan latihan kemahiran
semula ( refreshing driving ) dengan pengajar-pengajar memandu yang terlatih
dan berpengalaman memandu berdekatan tempat tinggal masing-masing.
Untuk mereka yang ingin
mendapatkan latihan kemahiran semula memandu samada kereta manual atau auto,
perkara asas yang mesti ada :-
(1) Berani
(2) Biasakan diri memandu lebih kerap
setelah latihan.
Antara latihan, tips
dan teknik yang anda akan pelajari dengan saya untuk mereka yang menjalani
semula latihan kemahiran memandu ( pemegang lesen memandu kelas D samada lesen
memandu P (Percubaan) atau CDL (Penuh) ) . ( Latihan kemahiran memandu akan di adakan di jalanraya atau lebuhraya
dan kawasan parking sebenar di tempat yang berdekatan tempat tinggal anda.)
1 ) Mengenali sistem
kawalan kenderaan samada kereta auto
atau manual.
2 ) Pemeriksaan Kabin (
Dalam Kereta )
3 ) Pemeriksaan luaran
dan Enjin ( Contoh : apa yang di katakan “TWI” pada tayar )
4 ) Mengenali gear manual
dan auto (untuk kereta auto )
5) Mengendalikan kereta
auto ( Jika latihan auto sahaja).
6 ) Teknik Pull &
Push untuk steering.
7 ) Memandu di
jalanraya ~ jarak 2 saat, jarak berhenti, mengenalpasti halangan di jalanraya,
cara menukar lorong, kawasan sibuk.
8 ) Parking kereta (
Bagi yang mengambil latihan melebihi 2 jam ).
Teknik yang di pelajari
nanti Insya Allah akan memberikan keyakinan dan keberanian semula kepada mereka
yang takut.
“ Cikgu saya perlukan
berapa jam latihan balik?”
Untuk latihan kemahiran
semula ini minima 2 jam latihan. Tapi berapa jam latihan untuk memastikan anda
boleh memandu semula bergantung kepada keberanian serta kecekapan anda
mengendalikan kereta dengan baik dan selamat. Di akhir setiap latihan anda akan
di maklumkan perkara yang perlu di perbaiki dan kebolehan pemanduan anda.
Secara amnya untuk
menjadikan anda pemandu yang cekap dan berhemat perlukan pemanduan yang
berterusan dan sentiasa mempelajari ilmu pemanduan setiap masa mengikut
perkembangan semasa.
Sehingga berjumpa lagi
di lain coretan. Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)