Wednesday, September 18, 2013

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual (Bhg 1)

Kesempatan kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara menggunakan gear kereta manual. Ramai di antara kita biasanya akan fobia atau takut untuk mempelajari kereta manual kerana selalu mati enjin dan melompat-lompat, sedangkan sebenarnya ia paling senang dan mudah sekali untuk di pelajari jika kena caranya. Saya akan memberikan tips-tips dan tekniknya dalam ruangan ini dan artikel berikutnya nanti.

Secara asasnya semua kereta manual mempunyai kedudukan gear yang sama cuma mungkin berbeza pada kedudukan gear R (Reverse) atau lokasi kedudukan gear ada yang di letak pada steering dan ada yang di letakkan pada tengah dashboard. Kebanyakkan gear manual terletak di tengah-tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang depan.
 
Peralatan yang berkait rapat dengan gear adalah klac (Clucth) yang terletak di bawah tempat kaki pemandu sebelah kiri sekali. Rujuk pada foto. Bagi anda yang terutamanya pertama kali baru belajar kereta atau yang sedang belajar memandu pastikan faham dan tahu apakah fungsi klac, brek dan minyak (accelerator) atau senang ingat A, B, C bukannya air batu campur tapi Accelerator (Minyak), Brake (Brek) dan Clucth (Klac).
 
Setkan dalam ingatan dan minda kita cara gunanya iaitu kaki kiri untuk klac sahaja, manakala kaki kanan untuk minyak dan brek kaki. Yang paling penting......ingat, ingat, dan ingat ya, pastikan klac tu di tekan rapat ke lantai dulu barulah di masukkan gearnya.
 
Pastikan anda ingat kedudukan gear ni dalam kepala, dan jangan sekali-kali tengok gear apabila hendak menukar gear nanti. Setiap kali pertukaran gear pastikan tengok ke hadapan dan pandang depan pandang jauh sejauh mata kita boleh nampak. Masa latihan biasanya Jurulatih akan ingatkan beberapa kali,  tapi kalau boleh terus setkan dalam minda kita setelah di beri penerangan tentang Sistem Kawalan Kenderaan (S.K.K).
 
Satu lagi petua sebelum anda belajar memandu dan membawa kereta, anda hendaklah tanamkan keyakinan dan keberanian dalam diri dan pelajari dan fahami betul-betul apa yang di terangkan oleh Cikgu/Jurulatih.
 
Insya Allah, saya akan sambung lagi macam mana hendak memulakan gear satu dan pertukaran gear lain dalam artikel akan datang....selamat membaca......