Tentu anda sudah arif dan tahu maksud papan tanda ini iaitu pemandu kenderaan ringan maupun berat Dilarang Membuat Pusingan U dihadapan kerana keadaan jalan berbahaya dan sempit.
Namun realiti dan hakikatnya berapa ramai yang tidak mematuhinya? Berapa ramai yang melihatnya? Berapa ramai yang memahaminya? Berapa ramai yang tidak perasan papan tanda? Berapa ramai yang sengaja tidak nampak....
Banyak kes kemalangan maut maupun kecederaan ringan dan berat berlaku kerana tidak mematuhi arahan papan tanda ini.
Sebagai pemandu berhemat dan berpengalaman di atas jalanraya maupun yang baru belajar atau yang baru memperolehi lesen memandu percubaan....amalkan apa yang dipelajari dan fahami maksud larangan dan bahaya yang bakal dihadapi jika kita mengikut sikap negatif tidak mahu mematuhinya.
Amalkan memandang kehadapan kita sejauh mata memandang lebih kurang jarak 100 hingga 150 meter kehadapan dan sentiasalah memerhati persekitaran dan papan tanda semasa memandu. Semoga sedikit sebanyak dapat manfaat untuk anda semua....Selamat Memandu..Biasakan yang betul dan betulkan yang salah.
Tuesday, October 13, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)