Pada kali ini saya akan sentuh mengenai kemahiran memandu kereta terutama kereta Auto. Masih ramai pemandu terutamanya kaum wanita yang memperolehi lesen memandu kereta di Malaysia samada baru dapat lesen Percubaan (P) maupun sudah bertukar ke lesen penuh (CDL) masih takut memandu di atas Jalanraya yang sibuk, memakir kereta dengan betul, melakukan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan seumpamanya yang mereka telah pelajari semasa belajar memandu dahulu.
Ilmu pemanduan yang tidak di amalkan lama kelamaan akan hilang perlahan-lahan dalam ingatan kita kerana tidak memandu langsung atau jarang memandu setelah memperolehi lesen memandu yang sah.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri melatih atau mengajar semula kemahiran memandu, antara faktor yang menyebabkan mereka takut memandu adalah:-
1) Fobia dan trauma kerana pernah berlaku kemalangan kecil semasa memandu kereta sebelum ini seperti bergesel dengan kenderaan lain, melanggar depan rumah semasa hendak memakir dan lain-lain lagi seumpamanya.
2) Alasan yang biasa tiada kereta sendiri untuk di pandu, walhal sebenarnya banyak kereta sewa yang di tawarkan di kawasan sekitar kita jika kita ingin memandu.
3) Tidak memandu langsung setelah dapat lesen kerana suami tidak galakkan takut rosak, tercalar atau kemalangan. Jika anda mempunyai minda dan fikiran begini sampai bila-bila kita tidak mahir memandu.
4) Ibu bapa meletakkan syarat sendiri bila samapi umur tertentu contohnya cukup umur 21 tahun barulah boleh memandu kereta. Walhal undang-undang telah menyatakan untuk melayakkan memandu bila dah sampai umur 17 tahun dah boleh belajar memandu dan mengambil lesen memandu kereta.
5) Kurang keyakinan diri dan takut untuk memandu.
6) Banyak lagi alasan yang boleh anda fikirkan sendiri.......
Bagi anda yang mempunyai masalah di atas atau yang berkaitan sebenarnya kemahiran memandu boleh di gilap dan di pelajari semula daripada asas pengenalan gear, suasana sebenar memandu di atas jalanraya, memakir di tempat yang sebenar, teknik pemanduan selamat menggunakan konsep LOVE seperti mengenalpasti halangan di atas jalanraya semasa memandu dengan teknik SPA ( See, Planning dan Action) dan pelbagai lagi kemahiran berkaitan.
Ingatlah sebenarnya bila anda mahir memandu, pelbagai perkara boleh dilakukan seperti boleh ke Masjid, surau, Pasaraya, Balik Kampung, Hospital, Klinik, Tempat Kerja, makan angin dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.
Jangan tunggu suami atau orang tersayang sakit dan tidak boleh memandu barulah rasa menyesal kerana tidak boleh memandu daripada dulu. Bayangkan kalau anda ada kecemasan pukul 2 atau 3 pagi, ada kereta tetapi tak boleh memandu ke hospital atau klinik tentu anda rasa kesal.
Anda boleh hubungi/wasap/sms saya Cikgu Wan Mohd Azhan untuk maklumat lanjut tentang kemahiran memandu Auto ( Anda yang dah ada lesen memandu kereta) terutamanya yang tinggal sekitar Gombak dan kawasan sekitar yang berdekatan.