Bersua kita kembali dalam Blog Pemanduan Berhemat. Pada kesempatan kali ini saya ingin menerangkan tentang proses untuk mendapatkan lesen GDL Kejur. GDL bermaksud Goods Vehicle Driving License ( lesen memandu kenderaan barangan). P:roses mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk dapatkan LESEN GDL.
Syarat yang perlu dipatuhi :-
1) Memiliki lesen penuh (CDL) kelas B2, D atau E. Lesen P (Percubaan) tidak boleh memohon.
2) Umur 21 tahun dan keatas.
3) Sihat tubuh badan.
Sebelum anda berhajat untuk memasuki kursus di tempat kami ( Setiap Khamis ), anda perlu mengetahui beberapa langkah mudah dan senang diikuti.
Langkah pertama : Ambil borang JPJL8A (Warna Pink) di JPJ Negeri Terdekat (Cth : JPJ Wilayah) .
Langkah kedua : Buat medical check up di mana-mana klinik swasta atau kerajaan menggunakan borang JPJL8A (Pink) tu, dimana anda perlu mendapatkan resit klinik sekali setelah selesai. Boleh hubungi saya untuk dapatkan cadangan klinik yang berdekatan.
Langkah ketiga : SMS nama dan No KP dan tarikh kursus (setiap khamis) untuk Daftar dan Pembayaran.
Langkah keempat : Hadir Kursus ( 7 jam) dengan membawa borang medical (JPJL8A) & resit klinik, Fotostat Kp 2 kpg dan lesen 2 kpg. Pakaian sesuai baju berkolar dan berkasut serta bayaran yang dinyatakan. Buku teks akan diberi masa kursus.
Langkah kelima : Menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus, di mana markah lulus 42/50.
Langkah keenam : Bawa Dokumen Lulus ujian untuk buat Lesen GDL di JPJ Negeri tiga hari selepas keputusan ujian dikeluarkan.
Kepada anda yang berhajat untuk memiliki lesen GDL dan memenuhi syarat yang dinyatakan, harga yang saya tawarkan hanya RM150 sahaja merangkumi kursus hingga ujian bertulis tidak termasuk medical checkup dan lesen. Boleh hubungi saya terus 019-6122150 Cikgu Wan Mohd Azhan untuk keterangan lanjut lain-lain lesen Memandu dan Vokasional serta pendaftaran. Lokasi : Gombak.
Thursday, October 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment