Terdapat berjuta pemandu kenderaan terutamanaya kereta akan memperbaharui
insuran dan roadtax kereta pada setiap tahun. Tetapi masih ramai yang tidak
tahu, kurang menyedari, tidak mengambil tahu tentang kegunaan insuran kenderaan
yang kita beli selain daripada bertujuan membaharui roadtax.
Untuk pengetahuan pembaca dan pelawat budiman, sebenarnya selain
untuk keluarkan roadtax, pihak insuran yang kita beli juga bertujuan untuk
tuntutan kemalangan, cermin, towing kerosakan kereta, hilang kunci, dan
seumpamanya. Sebenarnya semua pihak insuran menyediakan servis towing percuma dalam jarak tertentu.
Tentu ramai yang sering melihat kenderaan tersadai di tepi
jalanraya, lebuhraya setelah kemalangan dan tidak ada orang yang menunda
kenderaan tersebut ke bengkel-bengkel pilihan. Mungkin kerana ada yang
beranggapan lori tunda perlu dibayar berates-ratus ringgit sedangkan sebenarnya
ia adalah percuma untuk setiap kenderaan seperti kereta untuk ditunda dalam
jarak tertentu yang ditetapkan. Jika melebihi jarak yang ditentukan anda perlu
membayar kos lebihan. Namun kebiasaannya kadar tol perlu dibayar boleh pemandu kereta yang
rosak.
Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapat towing percuma ini?
- Pastikan anda menyimpan no telefon pihak insuran yang dibeli. Biasanya ada dalam cover note yang diberi.
- Jika berlaku kerosakan atau kemalangan jangan panik, sebagai contoh jika rosak ditengah-tengah lebuhraya, sila tolak ketepi ketempat yang selamat dan letakkan tanda segitiga amaran atau buka but/bonet belakang/depan dan nyalakan lampu kecemasan.
- Telefon pihak insuran yang kita ambil dan bagi butiran no kereta, nama pemilik kereta, tempat berlaku kerosakan, adakah kereta manual atau auto, kalau auto adakah gear boleh diletak pada N (Neutral) dan steering boleh dipusing dan kawasan kerosakan terbuka atau dalam bangunan. Kita boleh request untuk dapatkan towing yang diletak diatas lori jika perlu. dan tempat atau bengkel pilihan kita. Kalau tidak tahu bengkel mana boleh minta rujukan daripada towing bengkel yang dicadangkan.
- Biasanya dalam masa lebih kurang sejam pihak towing akan telefon kita untuk confirmkan lokasi. kita boleh bagi koordinat GPS kepada towing.
- Setelah sampai pihak towing akan terus tarik keatas lori atau ditarik.
- Pihak operator insuran akan buat follow up dengan kita adakah dalam perjalanan ke bengkel dan sudah sampai.
- Setelah sampai, apabila operator insuran telefon kita, sila maklumkan bahawa kita sudah sampai ke bengkel yang dipilih dan ucapkan terima kasih.
Maka selesailah pengurusan Towing kereta secara percuma. Harap dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
3 comments:
Terima kasih share bro 👍
Terima kasih share bro 👍
Sama2.
Post a Comment