Thursday, July 15, 2010

KETAHUI JENIS LESEN MEMANDU

Kali ini saya akan terangkan beberapa jenis lesen memandu untuk makluman tuan puan yang mengunjungi blog pemanduan berhemat ini. Jenis-jenis lesen memandu di keluarkan mengikut kegunaan sesuatu lesen di atas jalanraya Malaysia sebagaimana di bawah:-
1 LDL ( Learner Driving Licence ) iaitu lesen belajar memandu atau di kenali lesen "L" bagi membolehkan seseorang belajar memandu kenderaan mengikut kelas di keluarkan seperti kelas B,B2,D,E. Lesen 'L' sah tempoh sehingga 2 tahun di kira mulai tarikh lulus ujian Bhg 1 (Komputer/Bertulis) sehingga 24 bulan tetapi perlu di perbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika masih belum mengambil/lulus ujian JPJ.

2. PDL ( Probationary Driving Licence ) iaitu lesen memandu percubaan di keluarkan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ bagi tempoh 2 tahun.
3. CDL ( Competent Driving Licence ) iaitu lesen memandu kompeten di keluarkan setelah pemandu baru tamat tempoh percubaan memandu. Boleh di perbaharui untuk tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan 5 tahun sahaja. Manakala bagi mereka yang keluar negara dan ingin memandu kenderaan mereka perlu mendapatkan permit :-
    1. IDP ( International Driving Permit ) iaitu Permit Memandu Antarabangsa di keluarkan untuk pemegang lesen CDL yang ingin memandu di negara asing. 
4. Lesen Memandu Vokasional seperti PSV Teksi, PSV Bas, PSV Van, GDL kejur, GDL Bersendi dan Lesen Konduktor di keluarkan bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan.

Di harap sedikit maklumat di atas dapat membantu kita memahami dengan jelas jenis-jenis lesen memandu yang di keluarkan di negara Malaysia. Insya Allah kita akan jumpa lagi dengan topik lain selepas ini.

9 comments:

mi$sUn@3iRa said...

klu tempoh lesen P dh tamat...bopa taun eh tempoh tuk tuk perbaru dpt lesen kompeten??? cnth nya, kwn sy ni lesen p dh tamat tempoh selama setaun..dia bleh perbaru lg atau perlu ambik lesen semula???

Anonymous said...

kalo saya dh dpt lesen moto kompeten....adakah saya perlu megulangi semua prosedur seprti ujian komputer untuk amk lsn kete lak?????

MizTimHyori said...
This comment has been removed by the author.
MizTimHyori said...
This comment has been removed by the author.
MizTimHyori said...

info

tajuk:rayuan lesen memandu tamat tempoh.

Kriteria bagi yg memohon rayuan adalah seperti berikut:

1.Lesen Memandu Percubaan(PDL) melebihi 1tahun
2.Lesen Memandu Kompeten(CDL) melebihi 3tahun
3.Lesen Memandu Vokasional (PSV/GDL) melebihi 3tahun

*so kalau contoh :-
birthday 29/01/2016,lesen PDL tamat tempoh pada birthday tu..and anda tidak renew seperti biasa sebab terlupa after tarikh 29/01/2017..kne lah buat rayuan. klu renew sebelum tempoh tu tak perlu buat rayuan,just renew seperti biasa.tq.sharing is caring

ps:-betul kn en jpj? tadi rajin pula rasa nk membaca d portal jpj malaysia.hihi.

reference:
type je kat google,pemohonan rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh

Cancer said...

salam..

saya pernah memiliki lesen cdl tetapi gagal memperbaharuinya lebih dari 3 tahun... namun permohonan saya diterima JPJ dan saya telah mengulangi ujian bhgn 2 & 3 sebulan lalu dan semuanya lulus... soalannya adakah saya dibenarkan memohon CDL terus atau PDL dahulu? berapa lama tempoh keputusan ujian tersebut sah bagi saya memohon lesen2 tersebut?

Angah acca said...

klau saya nak.sewa van nk bawa penumpang kena ada psv ke

Angah acca said...

klau saya nak.sewa van nk bawa penumpang kena ada psv ke

Detective Qafi said...

Saya sudah ada kompeten utk motor. Dan bakal ada P utk kereta. Jadi lesen saya akan dtg semua menjadi kompeten atau mcm mana ye? Minta bantuan ye. Terima kasih ye:)