Thursday, November 28, 2013

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual ( Bhg2 )

Bersua kita kembali, saya akan menyambung perbincangan mengenai operasi kereta gear manual, setelah kita memahami peralatan asas A, B, C (Accelerator, Brake, Clucth) dan kaki mana yang perlu di gunakan, saya akan terangkan penggunaan gear manual. (AMARAN: Pastikan anda telah di beri penerangan dengan jelas oleh Jurulatih Memandu Bertauliah @ mereka yang mempunyai lesen kereta- Penerangan ini sekadar untuk nota ulangkaji LATIHAN. PASTIKAN LATIHAN BERSAMA /JURULATIH @ ORANG YANG MAHIR JANGAN BERSENDIRIAN KERANA BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA @KEROSAKAN KERETA )

Pertama : Anda hendaklah tahu kedudukan gear 1 hingga 4 atau 5 dan R (Reverse/Mengundur) serta mengingati dalam kepala/minda. Tengok dan perhatikan dulu serta ingat . Sila rujuk foto...

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536
Kedua : Dalam keadaan kereta tidak bergerak tetapi enjin di hidupkan, handbrake di angkat dan gear dalam kedudukan Neutral (bebas) ditengah-tengah, anda menekan klac (clutch) menggunakan kaki kiri sehingga mencecah lantai @ tekan habis klac dan jangan angkat sepanjang anda berlatih memasukkan gear. Pastikan jangan tengok gear dan kaki semasa latihan, biasakan dengan sentuhan dan rasa pergerakan tangan mengikut arah gear.

Ketiga : Kemudian memasukkan setiap gear mulai :-
Gear 1~ dengan tolakkan tuil/batang gear ke kiri hingga menyentuh dinding dan tolak perlahan ke depan.

Gear 2 ~ daripada gear 1 perlahan tarik ke belakang dalam kedudukan lurus.
Gear 3 ~ daripada gear 2 tolak perlahan ke depan tengah lepaskan tuil gear dan perlahan tolak ke depan.
Gear 4 ~ daripada gear 3 tarik ke belakang perlahan dalam kedudukan lurus.
Gear 5 ~ daripada gear 4 tolak perlahan ke depan tengah, tolak ke kanan hingga menyentuh dinding gear dan tolak ke depan perlahan.
Gear Neutral ~ dari gear 5 tarik ke belakang tengah dan lepaskan.
Gear akan bebas di tengah-tengah di mana jika kita angkat klac enjin tidak akan mati.
Gear R (Reverse/Mengundur) ~ daripada kedudukan gear free tekan klac balik, kemudian tolak tuil gear ke kanan dan tolak ke belakang perlahan.

Bila anda tahu kedudukan gear yang betul dan cara menggunakannya dan boleh cuba memasukkan gear tanpa ikut urutan nombor sebagai latihan. Contohnya mulai gear 5, 4, 2,1 atau 3, 2, 1, 5, R dan seumpamanya. Selamat berlatih.....InsyaAllah dalam penulisan akan datang saya akan membincangkan bagaimana mengerakkan kereta menggunakan gear 1 sehingga 5, dan bagaimana menggunakan gear reverse....Tq