Thursday, December 18, 2014

RPK ~ Rutin Pemeriksaan Kenderaan

Bersua lagi kita, pada kali ini kita pelajari istilah baru RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) yang akan dipelajari oleh bakal-bakal pemandu baru setelah menjalani Kursus KPP01 dan Ujian Komputer serta memperolehi lesen L. Bagi mereka yang mengambil kelas motosikal dan kereta, masing-masing akan mempelajari RPK mengikut kelas lesen yang di ambil.
           Saya hanya sentuh RPK kereta sahaja dalam ruangan ini. RPK akan di pelajari dalam KPP 02. Setiap orang akan di ajar bagaimana melakukan RPK secara terperinci mengikut standard yang dikehendaki. Setiap kali sesi latihan mereka akan melakukan
latihan ulangan sehingga mereka mahir. Masa yang diperuntukan lebih kurang 5 hingga 15 minit. Antara elemen yang mereka akan pelajari ialah melakukan pemeriksaan badan kereta serta tayar mengikut pusingan jam.
            Di akhir sekali mereka akan membuka bahagian enjin kereta dan memeriksa komponen-komponen penting menggunakan formula
 " POWDER".
POWDER adalah singkatan untuk
P = Petroleum contoh petrol, NGV atau Diesel
O= Oil contoh minyak brek, enjin, power steering, clucth dan gearbox
W= Water contoh air pencuci cermin, air bateri dan coolant.
D = Damage = kerosakan contoh pemeriksaan badan kereta dan cermin
E= Electrical contoh wiring bateri
R= Rubber contoh Hos, talisawat alternator, talisawat air cond dan talisawat power steering.

Pelajar perlu tahu bahagian enjin dan fungsinya dengan kaedah tunjuk dan memberitahu. Setiap pelajar akan mendapat buku teks KPP sebagai panduan rujukan. RPK termasuk dalam ujian bhg 2 elemen litar. Jika pelajar gagal melakukan RPK akan menyebabkan beliau gagal dalam ujian bhg 2.

            Pelajar perlu melakukan dengan baik dalam tempoh masa yang di beri sebelum melakukan ujian seterusnya iaitu RSM ( Rutin Sebelum Memandu ), Mendaki Bukit, Memakir sisi, Pusingan Tiga Penjuru, Selekoh Z dan Selekoh S. Saya akan sentuh perkara yang dinyatakan dalam tulisan yang akan datang. Moga pembaca mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai RPK....Hubungi Cikgu Wan Mohd Azhan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran..Insya Allah kita bersua lagi dalam masa terdekat.