Testimoni Calon

"Selepas mendapat tunjuk ajar & bimbingan drp Cikgu Wan, akhirnya saya berjaya lulus test JPJ. Tipsnya, anda hanya perlu faham & fokus semasa bimbingan diberikan. Sekiranya anda fokus, Insya Allah kejayaan pasti menyusul. Kepada calon-calon yg baru nak mengambil lesen tu, semoga berjaya."

Ikhlas Drp : Khairunnisa Md Yusof
Tarikh : 3 Nov 2011
Cheras


" Saya mula mengambil lesen ini pada pertengahan bulan Ogos 2011. Saya mendapat maklumat mengenai sekolah memandu Wan Azhan melalui blog beliau. Setelah membuat perbandingan di antara beberapa sekolah memandu sekitar Kuala Lumpur dan mendapati harga yang ditawarkan di sini jauh lebih murah berbanding yang lain. Sepanjang pengambilan lesen ini, saya di ajar selama 8 jam. Dan Alhamdulillah, setelah mengikuti segala tunjuk ajar yang diberikan, saya telah lulus dalam ujian JPJ. Terima kasih Cikgu !!!."

Ikhlas Daripada : Azieyanti Norain Masri
Tarikh : 17/11/2011
Sentul

"Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh Cikgu Wan Azhan selama kurang dua bulan bersama beliau. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan murah jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah memandu yang lain. Terima kasih cikgu di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang anda berikan."
Ikhlas Daripada : Khairil Anwar
Dis 2011
Taman Melati