Friday, November 4, 2011

Kesesakan Punca Personaliti Berubah!!!


Satu artikel menarik untuk di baca dan di renungi oleh para pemandu kenderaan serta bakal-bakal pemandu kenderaan terutamanya di Malaysia mengenai sikap pemandu kita yang mempunyai dua personaliti iaitu jika tidak memandu kenderaan dan apabila memandu.

Memang realitinya apabila kita memandu di atas jalan raya terdapat dua golongan iaitu :-

1) Mereka yang memang kurang ajar serta samseng jalanan.

2) Sopan serta lemah-lembut di tempat kerja, rumah, tempat awam tetapi berubah personaliti kepada agresif dan ganas apabila berada dalam dan memandu kenderaan.

Satu kajian terperinci perlu dan wajib di laksanakan untuk meneliti serta mengkaji punca sikap yang timbul kepada pemandu kita dari pelbagai aspek agak dapat di ubati sebelum lebih parah lagi pada tahun-tahun mendatang. Mungkin dengan memperkenalkan hukuman yang lebih berat iaitu jika berlaku kemalangan maut atau parah dan terbukti cuai, pesalah di hukum penjara dan rotan seperti hukuman bunuh dan tidak boleh mengambil sebarang lesen memandu sepanjang hayatnya, di samping beliau perlu menanggung kos sara hidup mangsa atau keluarga mangsa sepanjang hidupnya atau mengikut nilai yang di tentukan mahkamah sebanyak RM 100,000 ke atas......




 

Monday, August 15, 2011

Ketahui bagaimana anda mendapat lesen memandu Malaysia (Part 2)

Langkah Keenam : Latihan dan Pra-Ujian (QTI)

Setelah dua minggu kursus asas selesai anda akan mendapat lesen L dan boleh memulakan latihan. Kami menjalankan sistem tempahan untuk latihan dan ujian  yang akan di jalankan dan di ambil setelah tamat kursus asas lagi. Anda boleh buat perancangan awal jadual harian kerja masing-masing agar sesi latihan dan ujian dapat di laksanakan dengan lancar. Sekiranya ada perubahan tempahan jadual latihan boleh di maklumkan awal dengan sms atau tel sahaja. Tetapi untuk ujian JPJ tidak boleh batalkan tempahan kerana semua dokumen berkaitan iaitu SM4 (Borang Pengajaran) akan dihantar 14 hari awal untuk tarikh ujian yang di tempah. Kegagalan menghadiri ujian anda di kira gagal dan perlu tempahan semula dengan bayaran ulangan mengikut caj yang di nyatakan.

Langkah Ketujuh : Ujian JPJ

Ujian Bahagian 2 : Side Parking
Ujian JPJ di jalankan pada setiap hari Rabu untuk kelas B,B2,D dan E. Anda di kehendaki hadir ujian mengikut sesi (Terdapat 3 sesi ujian) yang akan di maklumkan pada petang selasa sehari sebelum ujian di langsungkan. Pastikan dokumen kad pengenalan, lesen L & pembaharuan L di bawa semasa ujian. Di samping berpakaian sesuai serta berkasut. Anda di kehendaki mematuhi peraturan dan prosedur ujian memandu yang akan di terangkan sebelum ujian di lakukan.

Langkah Kelapan : Lesen Memandu ( P atau CDL )

Apabila anda lulus ujian memandu bahagian 2 ( Parking ) dan 3 ( Jalanraya ), lesen memandu akan di perolehi selewatnya 2 hingga 3 hari bekerja, tetapi jika gagal samada satu bahagian atau kedua-dua bahagian ( 2 & 3) anda perlu mengambil semula ujian mengikut tarikh yang di kehendaki tertakluk kepada kekosongan tempat.

Demikian proses untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia yang sah. Di harap sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran awal kepada anda yang belum pernah mengambil lesen memandu atau mereka yang ingin mengetahui proses secara terperinci. TQ

Saturday, July 16, 2011

KETAHUI BAGAIMANA ANDA MENDAPAT LESEN MEMANDU MALAYSIA (PART 1)

Masih banyak pertanyaan daripada ibubapa atau bakal-bakal pemandu baru atau pemandu lama yang ingin tambah kelas lesen tertentu.

Sebelum anda berhajat untuk mendapatkan lesen memandu yang sah, anda perlu menentukan atau memilih mana-mana institut memandu atau sekolah memandu yang berhampiran tempat tinggal masing-masing serta dapatkan penerangan yang jelas mengenai pakej harga yang ditawarkan, dokumen yang perlu disediakan, etika pakaian semasa kursus dan ujian, tempat, pengangkutan serta berapa lama lesen yang akan perolehi nanti setelah pendaftaran.

Bagi Wan Mohd Azhan LP Enterprise (Perunding Pemanduan Skem Driving Academy) kami menawarkan pakej harga yang lengkap daripada pendaftaran sehingga anda lulus ujian dan diberi lesen memandu yang sah. Kebiasaannya anda akan memperolehi lesen memandu dalam tempoh 6 minggu hingga 2 bulan jika tiada ujian ulangan atau masalah-masalah lain berkaitan.

Langkah Pertama : Urusan Pendaftaran.

Anda boleh menelifon/sms HP 019-6122150 Cikgu Wan untuk penjelasan atau sebarang kemusykilan berkenaan lesen memandu. Jika anda bercadang untuk hadir kursus boleh buat temujanji sekurang-kurangnya dua hari sebelum hadir untuk kami aturkan pengangkutan, Pendaftaran dan bayaran RM250 dahulu boleh dilakukan semasa hari kursus pertama anda hadir(KPP bagi calon yang tiada lesen memandu atau kursus asas 6 jam bagi yang tambah kelas memandu). Perkhidmatan ambil dan hantar ke rumah kami berikan percuma bagi mereka yang tinggal di kawasan Gombak, Greenwood, Danau Kota, Taman Melati, Taman Melawati atau berdekatan begitu juga bagi yang tinggal jauh kami boleh ambil dan hantar di LRT Taman Melati secara percuma.
Dokumen yang perlu disediakan :
Fotostat KP 4 kpg (Bagi satu kelas lesen sahaja contoh D (Kereta)) atau 5 Kpg jika ambil (kelas B2,D),
Foto lesen 2 kpg.
Pakaian : Pakai Pakaian sesuai berkasut serta baju berkolar.

Langkah Kedua : Kursus KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu) 5 jam

Kursus ada setiap hari dari Sabtu hingga Khamis KECUALI Jumaat.Hadir satu hari sahaja yang dikehendaki.
Waktu kursus mulai jam 10 pagi hingga 4 petang
Kursus KPP sebagai persediaan untuk ujian undang-undang berkomputer nanti.

Langkah Ketiga : Ujian Undang-Undang Berkomputer (Ujian Bhg 1)

Seminggu (7 Hari) selepas Kursus KPP anda boleh mengambil ujian komputer samada di MYEG atau Rileks Comms yang berdekatan. Anda akan ambil ujian komputer dekat MYEG Danau Kota.
Waktu : Setiap Hari mulai 8 pagi hingga 3 petang.

Langkah Keempat : Kursus Asas Amali Di Litar

Setelah lulus ujian komputer iaitu markah min 42/50 atau 84 peratus anda layak untuk ikuti kursus asas amali di litar selama 6 jam.

Hari : Kelas D,E ( Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa Sahaja)
          Kelas B,B2 ( Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis)

Waktu : Mulai pukul 10 pagi hingga 4.30 petang (D)
             Mulai pukul 10 pagi hingga 4.45 petang (B,B2)

Langkah Kelima : Lesen L (Lesen Belajar Memandu)

Setelah selesai kesemua proses di atas, ANDA akan memdapat lesen L dalam tempoh 2 minggu dan terus memulakan latihan seminggu sekali lebih kurang 1 bulan sebelum boleh mengambil ujian JPJ.

Sampai di sini dulu proses untuk lesen memandu, saya akan sambung di PART 2 nanti sehingga berjaya memperolehi lesen memandu yang sah. Sekian....

Monday, July 4, 2011

RAYUAN LESEN MEMANDU TAMAT HAMPIR 16 TAHUN

Bersua lagi kita dalam blog pemanduan berhemat. Kali ini saya ingin sentuh mengenai rayuan lesen memandu percubaan, lesen memandu  Cdl (Penuh) serta lesen Vokasional ( PSV Teksi, Bas, GDL).

Ramai di antara pemegang lesen memandu yang dibatalkan lesen mereka kerana gagal memperbaharuinya setelah tamat tempoh melebihi 1 tahun (Lesen Percubaan) atau 3 tahun bagi lesen memandu CDL (Penuh) & Vokasional (Teksi,Bas, GDL) tidak tahu mereka di beri peluang membuat rayuan semula dengan syarat-syarat tertentu.

Kemungkinan ramai yang kurang faham atau tidak tahu kepada siapa hendak di rujuk atau bertanya dan bagaimana prosesnya. Saya ada menguruskan beberapa kes lesen memandu rayuan dan salah seorang pelanggan telah tamat tempoh lesen memandu beliau hampir 16 tahun, dan Alhamdulillah beliau dapat semula lesen memandu kereta yang sudah lama terkubur itu dengan mengambil semula ujian Praktikal JPJ Bhg2 ( Bukit, Side Parking & 3 Penjuru) serta  Bhg3 (Jalanraya) sahaja. 

Perkara pertama yang kita kena pastikan sebelum membuat rayuan ialah memastikan lesen memandu yang lama masih mempunyai rekod yang sah dan semua saman di selesaikan terlebih dahulu. Antara syarat-syarat rayuan lesen memandu di benarkan seperti belajar di luar negara, masalah kesihatan, pernah menjalani hukuman penjara dan seumpamanya yang munasabah.
Sekiranya permohonan rayuan seseorang berjaya, pemohon akan dikecualikan daripada:
a) Kaedah 5(3)e mengenai Sijil Kehadiran Kursus KPP (JPJ2A)
b) Kaedah 5(3)(a)(b)(d) mengenai Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya)
c) Kaedah 5(3)(e) mengenai Sijil Kehadiran Latihan Amali asas (Pra-L) 6 jam (JPJL2B)
d) Modul Amali (8Jam) dan (QTI (2jam) di bawah arahan Jabatan Bil 7 Tahun 1998
tetapi pemohon perlu menjalani Ujian Bahagian II dan III iaitu ujian praktikal JPJ di mana-mana institut memandu yang di kehendaki.
Manakala bagi lesen vokasional (Teksi, Bas, GDL) sekiranya permohonan rayuan pemohon berjaya, pemohon dikehendaki hadir Kursus Teori (JPJ2C) sahaja dan mengemukakan sijil JPJL2C tersebut semasa urusan pembaharuan dibuat. 

Di harap sedikit sebanyak panduan di atas dapat memberi pengetahuan kepada anda sekalian. Sehingga jumpa lagi di kesempatan lain.

Wednesday, April 27, 2011

KEMAHIRAN MEMANDU KERETA AUTOMATIK & MANUAL

Terdapat segelintir pemegang lesen memandu kereta takut memandu setelah memperolehi Lesen Kelas D dan hanya menyimpan dan membaharui sahaja lesen tersebut bertahun-tahun tanpa mengasah kemahiran memandu yang di pelajari di sekolah atau institut memandu.
       Kami menyedari keadaan ini berpunca daripada perasaan takut, tiada keyakinan diri, trauma akibat kemalangan sebelum ini, sayang kereta takut kemalangan, tiada kereta sendiri dan pelbagai lagi alasan-alasan yang bermain dalam fikiran masing-masing. 
       Menyedari keadaan ini, kami mengambil inisiatif untuk mengajar semula kemahiran memandu secara berhemat dan selamat kepada mereka yang mempunyai lesen memandu kelas D (Kereta). Antara perkara yang akan di ajar dan di pelajari iaitu mengenali asas kenderaan, sistem kawalan kenderaan (seperti gear, kawalan steering, penggunaan cermin, lampu isyarat dan seumpamanya, asas memandu kereta, pemeriksaan kenderaan, olahgerak di atas jalanraya, cara mengenalpasti halangan , cara memakir kereta serta konsep pemanduan berhemat secara praktikal dengan memandu di atas jalanraya yang sibuk serta banyak kenderaan.  Sesi memandu sekurang-kurangnya 2 jam untuk satu sesi. Kereta manual RM 35 sejam manakala kereta Auto RM 25 sejam (Kereta anda sendiri).
       Setiap orang boleh memandu dengan cekap dan selamat jika di latih dengan betul dan selamat, perkara yang paling penting kita mesti yakin, berani dan percaya kepada diri sendiri. Anda yang berminat boleh hubungi saya terus sebagaimana nombor yang tertera dalam Blog ini untuk keterangan lanjut dan tempahan waktu latihan.Tq
 

Tuesday, January 4, 2011

MENGENALPASTI HALANGAN DI ATAS JALANRAYA

Ramai pemandu yang berpengalaman dan mempunyai lesen memandu maupun yang baru nak mengambil lesen kurang peka terhadap mengenalpasti halangan di Jalan Raya. Di mana Halangan merupakan elemen-elemen yang dikenalpasti boleh mendatangkan risiko bahaya atau masalah semasa sedang memandu.

Terdapat banyak formula serta teknik boleh di gunakan antaranya teknik SPA. Apa dia SPA ni? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke? Bukan .....tapi singkatan See (Melihat), Planning (Merancang), Action (Bertindak).

Sebelum tu kita bahagikan halangan kepada tiga (3) jenis iaitu:-
( 1 ) Halangan Fizikal - Persimpangan, bulatan, selekoh, bukit tinggi dan seumpamanya.
( 2 ) Halangan Semulajadi - keadaan cuaca, panas terik, hujan.
( 3 ) Halangan Kedudukan & Pergerakan Pengguna Jalanraya.- Pejalan kaki, haiwan, pemandu kereta, lori serta penunggang motosikal dan basikal.

Apabila kita memandu pandangan mata kita sentiasa memandang jauh ke hadapan lebih kurang 100 meter dan memerhati keadaan persekitaran di sepanjang jalanraya. Walaupun mungkin kita telah melalui sesuatu jalan beratus hingga beribu kali tetapi tidak mustahil jika kita alpa pada satu detik kita akan terlibat dengan kemalangan.

Saya bagi contoh bagaimana hendak mengenalpasti halangan semasa memandu, apabila kita melihat di hadapan ada sebatang jalan berselekoh tajam, semestinya kita membuat perancangan awal untuk memperlahankan dan memandu berhati-hati. Manakala tindakan kita seterusnya membrek secara perlahan agar kelajuan kereta dapat dikurangkan dan memastikan kawalan stering di pegang kemas.

Begitu juga contohnya kita lihat lampu isyarat di hadapan sedang hijau, sebagai pemandu berhemat jika memperlahankan sedikit kereta dalam jarak lebih kurang 30 meter sebelum lampu isyarat contohnya daripada 70 km/j ke 50 km/j dan jangan sekali-kali mengejar lampu hijau (menambahkan kelajuan) kerana lampu hijau akan bertukar menjadi kuning seterusnya merah bila-bila masa sahaja.

Apabila sebelum garisan berhenti lampu bertukar kuning dan tiada kenderaan laju mengekori dari belakang, kita akan berhenti sebelum garisan berhenti dengan selamat. Kalau lampu masih hijau teruskan perjalanan dengan berhati-hati.

Di harap tips-tips di atas dapat di amalkan dan sentiasa patuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.....