Thursday, July 15, 2010

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memperolehi Lesen Memandu

Masih ramai antara kita yang tidak jelas mengenai kelayakan umur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia. Anda hanya perlu dua perkara penting yang mesti di penuhi iaitu kelayakan umur dan kesihatan bakal pemandu seperti sihat tubuh badan dan mampu memahami peraturan dan undang-undang jalanraya.
Dari segi kelayakan umur seseorang hendaklah memenuhi umur minima mengikut jenis lesen dan kenderaan yang ingin di pandu sebagaimana di bawah :-

1) 16 ( Enam Belas ) Tahun untuk lesen kelas A( Kenderaan Orang Cacat), B (Motosikal melebihi 500 cc), B2 ( Motosikal tidak melebihi 250cc ) dan C ( Motosikal Roda Tiga).

2) 17 ( Tujuh Belas ) Tahun untuk lesen  kelas D (Kereta).

3) 21 ( Dua Puluh Satu ) Tahun bagi kenderaan dan lesen kelas E hingga I.

    Bagi permohonan Lesen Kelas E, pemohon mesti memegang lesen kelas CDL kelas D bagi tempoh setahun  ( cth: lesen pertama jenis CDL kelas B2 & kemudian tambah kelas D. Pemegang lesen ini akan terus memperolehi lesen CDL kelas B2,D dan mesti tunggu setahun matang D sebelum memohon kelas E) baharulah di benarkan memohon lesen Lori.

Dari segi kelayakan kesihatan, seseorang pemohon di benarkan mengambil lesen memandu selagi sihat tubuh badan, tidak buta warna dan boleh melihat kehadapan sehingga 23 meter.

Manakala bagi pemohon cacat (OKU) hendaklah mendapatkan surat permohonan pemeriksaan kesihatan daripada JPJ dan membuat pemeriksaan doktor yang boleh mengesahkan pemohon layak memandu tanpa mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya. Kebiasaannya mereka harus mempunyai kenderaan sendiri untuk latihan dan ujian mengikut syarat-syarat yang di tetapkan.
Di harap maklumat yang di paparkan memberi sedikit gambaran kepada ibu bapa dan mereka yang merancang mendapatkan lesen memandu di mana-mana sekolah memandu dan institut memandu berhampiran tempat tinggal masing-masing pada masa akan datang.
Sekian. Kita jumpa lagi di lain catatan.....

14 comments:

Anonymous said...

17tahun boleh amik lesen kereta tak ?

Anonymous said...

low sye amik lesen kereta sblom trikh lhir sye bley x??????

Wamaz said...

Hi, lesen kereta mesti genap 17 tahun untuk belajar memandu, berdasarkan tarikh lahir anda.Tq

Anonymous said...

assalamualikum cikgu..lesen teksi kene umur berapa baru boleh memohon.?? ader x.langkah2 dan syarat2 memohon lesen teksi tu?

Anonymous said...

ade orang kate bagi yang beumur 1996 ke atas 21 tahun baru boleh ambik lesen kereta

Anonymous said...

Tahun depan saya 16, kena tunggu tarikh lahir ataupun masuk 2013 terus boleh apply?

Sinnapan Kandasamy said...

saya seorang wagranegara malaysia derumur 57 tahun,saya memperolihi lesen memandu kelas e,serta lesen GDL dan PSV,soalan saya walau pun saya ada lesen PSV bas setingkat sahaja,kini saya ingin tambah kelas Teksi. saya ada pengalaman 30 tahun tahun sebagai sebagai pemandu kenderan awam,sekarang saya ingin membawa Teksi mewah,tetapi masalah saya dalam lesen PSV tiada sebut teksi & kereta sewa. Pada masa sekarang saya tiada kerja,saya segera minta bantuan daripada mana-mana pegawai JPJ atau Pengarah JPJ dalam hal ini,semasa tahun 1982 apabila lulus kelas lesen PSV,lesen disitu ada sebut 'Bas Setingkat,Teksi dan Kereta Sewa, tetapi lepas 5 tahun kemudian perkataan Teksi dan Kereta Sewa telah tiada sambung lagi dalam lesen tersebut,pada masa itu saya tak sempat menghubunghi JPJ dalam pekara ini.
Saya harap ada sesiapa baik hati membantu saya dalam hal,saya sungguh-sungguh hendah membawa Teksi,untuk meraya keluarga saya.saya mempunyai seorang isteri sakit barak (cencer patient) serta seorang anak berumur 14 tahun. Terima Kasih.






















k

Anonymous said...

Nak tanya, confirm ke untuk batch 96 nak amik lesen kereta kene 21 tahun?

Anonymous said...

sya nie seorang pelajar 17 tahun..boleh kh sekiranya sya nak ambik lessen kereta..??sebab esok(08 jan 2013)umur sya cun2 17 tahun..

Anonymous said...

sya nie seorang pelajar tingkatan 5..betol ker umur 17 tahun boleh ambik lessen kereta.??sebab selasa(08 jan 2013) umur sya cun2 17 tahun..

Anonymous said...

Klu de saman ley amik ke?

Anonymous said...

Saya dh 2thn bawa moto tanpa lesen. ...Bkn saja2 x nak ambil lesen...sy ada mslh tngn kiri yg x blh bergerak pd bahagian jari...sy blh bwk moto spt biasa cuma nk kepastian adakah sy perlu juga ambil lesen org oku? Tolong sy bg pnduan sat

Anonymous said...

sye dax pom 3,,thun dpn pom 4,,hari jdi bln 5,,,klau amik buln 1 thun dpn buley,,xyah nk tnggu ari lahir,,,bley keq

Amir Hamzah said...

Lesen Motosikal boleh ke nak ambik klu umur belum genap 16 tahun ikut tarikh lahir?

Lori

Loading...

Kereta Lumba

Loading...

Bas

Loading...