Monday, August 15, 2011

Ketahui bagaimana anda mendapat lesen memandu Malaysia (Part 2)

Langkah Keenam : Latihan dan Pra-Ujian (QTI)

Setelah dua minggu kursus asas selesai anda akan mendapat lesen L dan boleh memulakan latihan. Kami menjalankan sistem tempahan untuk latihan dan ujian  yang akan di jalankan dan di ambil setelah tamat kursus asas lagi. Anda boleh buat perancangan awal jadual harian kerja masing-masing agar sesi latihan dan ujian dapat di laksanakan dengan lancar. Sekiranya ada perubahan tempahan jadual latihan boleh di maklumkan awal dengan sms atau tel sahaja. Tetapi untuk ujian JPJ tidak boleh batalkan tempahan kerana semua dokumen berkaitan iaitu SM4 (Borang Pengajaran) akan dihantar 14 hari awal untuk tarikh ujian yang di tempah. Kegagalan menghadiri ujian anda di kira gagal dan perlu tempahan semula dengan bayaran ulangan mengikut caj yang di nyatakan.

Langkah Ketujuh : Ujian JPJ

Ujian Bahagian 2 : Side Parking
Ujian JPJ di jalankan pada setiap hari Rabu untuk kelas B,B2,D dan E. Anda di kehendaki hadir ujian mengikut sesi (Terdapat 3 sesi ujian) yang akan di maklumkan pada petang selasa sehari sebelum ujian di langsungkan. Pastikan dokumen kad pengenalan, lesen L & pembaharuan L di bawa semasa ujian. Di samping berpakaian sesuai serta berkasut. Anda di kehendaki mematuhi peraturan dan prosedur ujian memandu yang akan di terangkan sebelum ujian di lakukan.

Langkah Kelapan : Lesen Memandu ( P atau CDL )

Apabila anda lulus ujian memandu bahagian 2 ( Parking ) dan 3 ( Jalanraya ), lesen memandu akan di perolehi selewatnya 2 hingga 3 hari bekerja, tetapi jika gagal samada satu bahagian atau kedua-dua bahagian ( 2 & 3) anda perlu mengambil semula ujian mengikut tarikh yang di kehendaki tertakluk kepada kekosongan tempat.

Demikian proses untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia yang sah. Di harap sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran awal kepada anda yang belum pernah mengambil lesen memandu atau mereka yang ingin mengetahui proses secara terperinci. TQ