FAQ



FAQ~ Frequently Asked Questions~Soalan Yang Sering Ditanya.
Kepada para pengunjung yang melayari blog pemanduan berhemat, anda boleh rujuk kepada artikel-artikel yang saya tulis dalam “Buletin Semasa” untuk memahami dengan terperinci mengenai jenis-jenis lesen dan perkara berkaitan. Anda juga boleh WhatsApp@SMS saya jika ada soalan yang tidak dinyatakan di sini ~ Cikgu Wan Mohd Azhan : HP:019-6122150.Tq
1.      Berapakah kelayakan umur untuk mengambil lesen memandu kelas B2, B, D, DAdan E?
a.       Lesen Kelas B (Motor 500cc keatas) dan B2 (Motor 250 cc kebawah)  cukup umur 16 Tahun dan keatas.
b.      Lesen Kelas D (Kereta) dan DA (Kereta Auto) cukup umur 17 tahun dan keatas.
c.       Lesen Kelas E (Lori) cukup umur 21 tahun dan keatas dan memiliki lesen penuh (CDL) kelas D (Kereta).

2.      Apakah kelayakan untuk memiliki lesen Vokasional PSV Van, PSV Teksi, PSV Bas dan  GDL Kejur?
a.       Kelayakan memiliki lesen Vokasional sihat tubuh badan serta lulus pemeriksaan kesihatan (Guna borang pink JPJL8A)  dan berumur 21 Tahun keatas.

3.      Berapa lamakah proses untuk memperolehi lesen memandu B, B2, dan D ?
a.                                                                                                                                                                                                                   Calon perlu mengikuti semua prosedur yang ditetapkan iaitu Kursus, Ujian Berkomputer, Latihan dan Pra Ujian serta Ujian Amali JPJ yang mengambil tempoh masa lebihkurang 2 hingga 3 bulan.

4.      Berapa lamakah proses untuk memperolehi lesen Vokasional PSV Van, PSV Teksi, PSV Bas dan GDL Kejur ?
a.       PSV Van & GDL Kejur ~ sekurang-kurangnya 2 minggu.
b.      PSV Teksi & PSV Bas~ sekurang-kurangnya 1 hingga 2 bulan.

5.      Apakah maksud RPK ?
a.       RPK bermaksud rutin pemeriksaan kenderaan yang akan diajar kepada calon lesen memandu setelah mengikuti kursus dan latihan secara teori dan amali. RPK akan diuji dalam ujian bahagian 2 (Litar) sahaja.

6.      Apakah maksud RSM?
a.       RSM bermaksud rutin sebelum memandu yang akan dipelajari oleh calon  lesen memandu dan perlu di lakukan dua kali dalam ujian bahagian 2 (Litar) dan ujian bahagian 3 (Jalanraya).

7.      Berapa lamakah lesen L (Lesen Belajar Memandu) sah di gunakan?
a.       Lesen L sah digunakan dalam tempoh 2 tahun sahaja dikira dari lulus ujian berkomputer bahagian 1 hingga cukup 2 tahun. Tetapi lesen L hanya diberikan tempoh 2 atau 6 bulan sahaja hidup dan  perlu diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika lesen tamat tempoh dalam tempoh 2 tahun tersebut,  di mana calon belum lulus ujian amali JPJ.

8.      Jika calon gagal ujian berkomputer atau ujian amali JPJ, berapa banyak calon tersebut boleh mengambil ujian ulangan (Retest) sehingga lulus?
a.       Tiada had ditetapkan untuk mengambil ujian ulangan berkomputer dan ujian amali JPJ. Cuma ujian berkeomputer perlu lulus dalam tempoh setahun setelah kursus KPP01.
b.      Manakala ujian amali JPJ perlu lulus dalam tempoh 2 tahun lesen L di keluarkan.

9.      Saya mempunyai Lesen Memandu kelas D CDL (Penuh) tetapi tidak diperbaharui lebih 3 tahun tetapi kurang 5 tahun setelah tamat tempoh. Apa yang perlu saya lakukan?.
a.       Mereka yang tidak memperbaharui lesen memandu penuh melebihi 3 tahun seperti yang dinyatakan, ada dua pilihan (1) Daftar semula lesen daripada awal. (2) Boleh kemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ kat mana-mana JPJ terdekat. Jika Berjaya anda Cuma perlu di uji amali Bahagian 2 (Litar) dan Bahagian 3 (Jalanraya) sahaja. Jika lulus kedua-dua Bahagian anda akan memperolehi semula lesen memandu penuh untuk 1, 2, 3 atau 5 tahun berdasarkan berapa tahun dikehendaki.

10.  Saya mempunyai Lesen Memandu Percubaan kelas B2&D (P) tetapi tidak diperbaharui lebih 1 tahun tetapi kurang 5 tahun setelah tamat tempoh. Apa yang perlu saya lakukan?.
a.       Mereka yang tidak memperbaharui lesen memandu percubaan melebihi 1 tahun seperti yang dinyatakan, ada dua pilihan (1) Daftar semula lesen daripada awal. (2) Boleh kemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ kat mana-mana JPJ terdekat. Jika Berjaya anda Cuma perlu di uji amali Bahagian 2 (Litar) dan Bahagian 3 (Jalanraya) sahaja. Jika lulus kedua-dua Bahagian anda akan memperolehi semula lesen percubaan untuk 2 tahun.

11. Apakah dokumen penting yang perlu dibawa mulai daftar kursus hingga ujian JPJ?
      Setiap calon perlu memastikan mykad @ pasport @ lesen L @ Renew L yang masih sah tarikh di bawa setiap kali kursus, ujian komputer, latihan dan test amali JPJ bagi mengelakkan kerumitan atau dibenarkan menduduki kursus, ujian dan latihan.


2 comments:

Catherine Tan said...

tempat ujian jpj asal saya adalah di ilmu baru sdn. bhd. mergong , bolehkah membuat pertukaran untuk menjalankan ujian jpj di tempat lain

Wan Azhan (a.k.a Wamaz) said...

Sesiapa sahaja boleh menukar kemana-mana tempat memandu berdekatan jika terpaksa berpindah, sambung belajar di Universiti, kolej dan seumpamanya. Anda perlu dapatkan surat pelepasan & borang SM4 dari tempat memandu asal berserta keputusan ujian amali jpj jika gagal salah satu ujian bhg 2 &3.