Wednesday, May 27, 2009

BUKAN SEKADAR CEKAP MEMANDU KENDERAAN !!!!!!


Bersua kita kembali setelah sekian waktu saya tidak menulis dan melontarkan idea dalam blog ini. Di dalam dunia dan di Malaysia terdapat pelbagai teknik pemanduan berhemat telah direkacipta oleh pakar-pakar dan pengkaji pemanduan antaranya teknik I.P.D.A (Identify, Predict, Decide, Action), D.A.D.A (Define, Analyse, Decide, Action), L.O.V.E (Look up look ahead, Observation, Visibility, Escape Route) dan banyak lagi teknik-teknik yang lain.

Namun objektif utama pemanduan berhemah ialah cara seseorang memandu untuk mengelakkan kemalangan atau kecelakaan walaupun kesalahan berpunca dari pemandu lain. Pengalaman saya kerap kali sesetengah pemandu apabila mengambil selekoh yang mempunyai dua atau tiga lorong mereka tidak memastikan kenderaan mereka di dalam lorong yang di lalui atau dalam bahasa yang mudah terbabas masuk lorong lain.

Perkara ini walaupun nampak tiada kesan tetapi cuba anda bayangkan kebetulan pada masa mengambil selekoh ada lori treler di sebelah kiri/kanan kenderaan tadi, jika termasuk laluan lain bermakna kenderaan yang di pandu tadi akan melanggar lori treler dan kemungkinan remuk di gilis oleh tayar lori berkenaan. Pemandunya ????, dari segi logik dan hukum alamnya sudah tentu tiada lagi dalam dunia ini. Mahukah perkara ini terjadi kepada anda? keluarga? jiran ? anak ? saudara mara? rakan? sahabat? dan seumpamanya.

Justeru itu, ilmu pemanduan berhemat amat penting di pelajari dan di amalkan tatkala pemandu berada di atas jalan raya. Kalau kita kaji dan hayati berita-berita kemalangan jalanraya samada yang cedera ringan, berat, mati dan maut semuanya terjadi kepada mereka yang mahir dan berpengalaman mengendalikan kenderaan dan mempunyai lesen berbelas atau berpuluh tahun tetapi kenapa berlaku juga?????.

Jawapan yang senang bagi kebanyakan kita kerana sudah suratan takdir. Benar tapi kita di beri akal untuk menerima dan memilih perkara yang baik dan buruk. Cuba fikir dan renungkan!!!!. Di sini saya ingin kongsikan salah satu teknik dalam pemanduan berhemat yang di namakan konsep L.O.V.E.

Saya huraikan secara ringkas apa yang di maksudkan dengan 'L' iaitu "Look Up Look Ahead" yang membawa erti 'Pandang Depan Pandang Jauh'. Di mana seseorang pemandu perlu mahir mengenalpasti halangan yang terdapat di hadapan mereka tatkala memandu.

Contohnya di hadapan kita melihat kawasan selekoh tajam. Jadi apa tindakan kita??. Sebagai seorang pemandu berilmu dan berhemah kita mesti mahir mengenalpasti halangan tersebut dengan menggunakan tiga petua iaitu 'See, Planning, Action' atau "Melihat, Merancang, Bertindak" terhadap halangan tadi.

Kebiasaannya mata manusia normal akan dapat melihat sesuatu objek dalam jarak 100 meter jauhnya. Oleh yang demikian jika melihat kawasan selekoh tajam, pemandu tadi mesti merancang adakah ia akan terus memecut laju atau memperlahankan keretanya sebelum tiba di selekoh.

Akhir sekali tindakannya samada menggunakan brek untuk memperlahan ataupun menekan pedal minyak untuk melajukan kenderaannya. Di sinilah seseorang pemandu berhemat mesti cekap mengawal kenderaannya dan cekap serta mahir membaca halangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini.......

Saya harap sedikit sebanyak anda dapat ilmu pemanduan berhemat bagaimana untuk membaca halangan di hadapan menggunakan teknik 'Pandang Depan Pandang Jauh' (Look Up Look Ahead). Insya Allah saya akan sambung lagi pada kesempatan lain. Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

salam
dr segi teori dh cantik dh sedara
tapi kalo ada keterangan mcmana pemanduan semasa selekoh dibuat secara praktikalnya?
adakah lebih baik tekan minyak atau brek? selekoh yg mcmana kita perlu teliti? kaedahnya?
kalo dl msa blaja keta, masuk paking kita diajar bpandukan tiang supaya senang masuk/kluar paking.
saya berminat tahu kaedahnya.
t.kasih

Unknown said...

Waalaikumussalam, satu soalan yg bagus, sebenarnya sy menulis bukan setakat teori semata-mata tetapi berdasarkan pengalaman sebagai trainer & memandu sendiri serta ilmu pemanduan yg ada. Mungkin sedara ni ada lebih ilmu dalam pemanduan jadik boleh kita berkongsi utk manfaat bersama.

Terdapat satu sistem yg boleh kita gunakan semasa mengambil selekoh iaitu di kenali sebagai Sistem Kawalan Kenderaan (SKK).

Semasa di selekoh apabila kita memandu dalam kelajuan yg tinggi contoh 90 - 110 adalah sgt merbahaya utk membrek atau menekan minyak. Kemungkinan kenderaan kita akan hilang kawalan & terbabas.

Dengan menggunakan Teknik SKK, apabila kita melihat selekoh di hadapan tak kira tajam atau selekoh biasa perkara
pertama kita perlu membrek sedikit utk memperlahankan kenderaan sebelum tiba di selekoh.
Katakan dlm kelajuan 110 km/j kita kurangkan ke 80 km/j.

keduanya kita hendaklah memegang steering lebih gengaman berbanding jalan raya yg lurus dan pastikan kereta berada di dalam lorong kita antara dua garisan di kiri dan kanan (PO.C - Position Curve).

Apabila melepasi selekoh kita mula tekan minyak untuk melajukan semula kenderaan mengikut hadlaju di jalanraya atau pada kenderaan.

Sebenarnya apa yg sy terangkan bergantung pd kelajuan kenderaan dan situasi semasa. Perlu di ingatkan memandu di jalanraya terdedah kepada pelbagai halangan pd setiap masa.

Manakala kaedah parkir kereta yg kita pelajari untuk mengambil lesen memandu memang berbeza dgn parkir yg ada di dunia realiti.

Bagi mereka yg baru mendapat lesen, apa yg di pelajari merupakan asas yg perlu di kuasai. Apabila mendapat lesen memandu mereka perlu menggunakan kebijaksanaan dgn sedikit latihan sahaja.

Sebagai contoh jika ingin masuk 'side parking' kita berhenti selari atau undur kebelakang dlm lebih kurang 1 kaki dr bonet hadapan kereta di hadapan parkir yg kosong.

Kemudian pusing steering kekiri habis atau 1 setengah pusingan ke kiri. Undur hingga tayar belakang hampir mencecah atau atas garisan luar.

Seterusnya pusing steering kekanan habis & undur masuk petak parkir & adjust sedikit utk pastikan berada dlm petak.

Mungkin penerangan secara teori susah sedikit hendak dibayangkan tapi kita gunakan asas yg dipelajari semasa di sekolah memandu /institut memandu dgn sedikit pengubahsuaian & gunakan tanda yg terdapat di atas tanah cth:garisan parkir, Insya Allah boleh.Tq