Assalamualaikum, bersua kita kembali dalam blog ini, kali ini saya akan memberikan beberapa tips dan panduan bagaimana cara memandu yang selamat dan betul tatkala memegang steering kereta maupun kenderaan lain di atas jalanraya.
“Cikgu saya dah lama
tak memandu tapi lesen dah dapat 5 tahun”…… antara persoalan yang sering di kemukakan oleh pemegang lesen
memandu. Terdapat segelintir daripada pemegang lesen memandu terutama kaum wanita
kurang keyakinan dan takut memandu apabila mendapat lesen dan hanya menjadikan
lesen sebagai simpanan dalam beg tangan. Kenapa?
Berdasarkan pengalaman
saya sebagai seorang pemandu, penceramah serta pengajar memandu antara puncanya
adalah:-
1 ) Kurang keyakinan
diri.
2) Takut berlaku
kemalangan.
3) Kurang latihan
memandu dan jarang memandu kereta.
4) Tidak ada kereta
sendiri.
5) Latihan memandu
hanya di kawasan sekitar laluan dan parking ujian memandu di institut memandu
sahaja.
6) Menghafal tanpa memahami
sistem kawalan kenderaan menyebabkan mereka lupa setelah lama tidak memandu.
7) Mengambil lesen
memandu sekadar memenuhi masa lapang atau memenuhi kehendak ibu bapa tapi tidak minat memandu.
8) Mempunyai tanggapan
setiap kenderaan berbeza cara mengendalikannya mengikut besar atau kecil saiz
kereta walaupun peraturan dan undang-undang lesen memandu kelas D boleh memandu
semua jenis kereta samaada kereta auto maupun manual.
Serta banyak lagi
sebab-sebab yang pembaca boleh senaraikan sendiri.
Bagi mereka yang
mengalami perkara-perkara di atas, mereka perlu mendapatkan latihan kemahiran
semula ( refreshing driving ) dengan pengajar-pengajar memandu yang terlatih
dan berpengalaman memandu berdekatan tempat tinggal masing-masing.
Untuk mereka yang ingin
mendapatkan latihan kemahiran semula memandu samada kereta manual atau auto,
perkara asas yang mesti ada :-
(1) Berani
(2) Biasakan diri memandu lebih kerap
setelah latihan.
Antara latihan, tips
dan teknik yang anda akan pelajari dengan saya untuk mereka yang menjalani
semula latihan kemahiran memandu ( pemegang lesen memandu kelas D samada lesen
memandu P (Percubaan) atau CDL (Penuh) ) . ( Latihan kemahiran memandu akan di adakan di jalanraya atau lebuhraya
dan kawasan parking sebenar di tempat yang berdekatan tempat tinggal anda.)
1 ) Mengenali sistem
kawalan kenderaan samada kereta auto
atau manual.
2 ) Pemeriksaan Kabin (
Dalam Kereta )
3 ) Pemeriksaan luaran
dan Enjin ( Contoh : apa yang di katakan “TWI” pada tayar )
4 ) Mengenali gear manual
dan auto (untuk kereta auto )
5) Mengendalikan kereta
auto ( Jika latihan auto sahaja).
6 ) Teknik Pull &
Push untuk steering.
7 ) Memandu di
jalanraya ~ jarak 2 saat, jarak berhenti, mengenalpasti halangan di jalanraya,
cara menukar lorong, kawasan sibuk.
8 ) Parking kereta (
Bagi yang mengambil latihan melebihi 2 jam ).
Teknik yang di pelajari
nanti Insya Allah akan memberikan keyakinan dan keberanian semula kepada mereka
yang takut.
“ Cikgu saya perlukan
berapa jam latihan balik?”
Untuk latihan kemahiran
semula ini minima 2 jam latihan. Tapi berapa jam latihan untuk memastikan anda
boleh memandu semula bergantung kepada keberanian serta kecekapan anda
mengendalikan kereta dengan baik dan selamat. Di akhir setiap latihan anda akan
di maklumkan perkara yang perlu di perbaiki dan kebolehan pemanduan anda.
Secara amnya untuk
menjadikan anda pemandu yang cekap dan berhemat perlukan pemanduan yang
berterusan dan sentiasa mempelajari ilmu pemanduan setiap masa mengikut
perkembangan semasa.
Sehingga berjumpa lagi
di lain coretan. Wassalam.
12 comments:
Bila saya dapat lesen L, adakah slip bersama lesen memandu juga disertakan? Sbb saya nk renew. Baru buat sempat buat amali. Latihan di litar tak sempat amik. Saya dapat 1 lesen L je dulu.
Assalamualaikum..
Kalau saya nak ambik latihan kemahiran semula, price berapa eh...
Buat Anonymous, untuk renew L bawa lesen L yang asal kat JPJ atau Pejabat Pos, nanti akan dapat satu slip renew L. Boleh Renew untuk tempoh 3 atau 6 bulan.tq
Waalaikumussalam Roziekin, latihan kemahiran kereta manual RM 35 sejam, kalau auto kereta u sendiri RM25 sejam, klu kereta auto kami sediakan RM50 sejam, min latihan 2 jam, kena book dulu masa dan tarikh.tq
Assalamualaikum..kalau sy nk ambil latihn kemahiran semula ada ke tenaga pengajar wanita disediakan?
Dah lama tak drive..hilang confident..
Skrg ni da boleh ambil lesen auto taj
Mcm mn nk hubungi
Lesen Auto blm ada lagi.
Hp: 0196122150 Cikgu Wan Mohd Azhan
As salam.. Saya dh lama ada lesen tapi sangat takut n terkampau fobia... Tp nk cuba umur dh tua.. Masih bole diterima utk belajar semula,,?
Assalam en ,Saya Ada lesen Dan boleh memandu masalah Saya ,Saya takut nak memandu Di jalan highway sebb Saya takut sesat jauh Tak de jalan nak patah balik , Saya hanya bawa kete kawasan sekitar Saya yg Saya tahu Cr jalan balik ,APA yer tips untuk buatkan Saya berani nak drive Di highway
Sy da lesen tp tdk berani bw keta manual..dh biasa auto..tkt lupa asas bw manual
Post a Comment