Wednesday, August 6, 2014

PELAKSANAAN MODUL KPP BARU:



Assalamualaikum, kepada pengunjung Blog Pemanduan Berhemat ini di ucapkan selamat datang dan semoga perkongsian maklumat dan ilmu memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua.
Kali ini saya Cuma hendak update mengenai pelaksanaan modul baru bagi lesen memandu kelas B2, B, C, D. Secara ringkas proses kelas D sebagaimana berikut:-
1)      Pendaftaran
2)      KPP 01- Kursus Teori ( Mengikut Kelas Berasingan Motosikal, Kereta)
3)      Ujian berkomputer
4)      Lesen L

5)       KPP 02 -Latihan di dalam litar wajib    
           Latihan amali Dalam Litar (5 1/2 Jam)

6)      KPP 03
           Latihan amali Jalanraya (10 1/2 Jam) 
7)           Ujian Amali Bhg 2 & 3 JPJ
 8)               Lesen Percubaan

Modul baru mengabungkan tambahan beberapa elemen termasuk masa jam belajar memandu telah bertambah maka secara langsung kos harga lesen memandu bertambah.

Anggaran masa dari pendaftaran ke lesen Percubaan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 4 bulan jika lulus setiap peringkat.  Semasa pendaftaran anda akan di beri penerangan terperinci setiap Bahagian. Hubungi/WhatsApp/Telegram 019-6122150 untuk pendaftaran/keterangan lanjut. TQ

Wednesday, March 12, 2014

Ketahui Bagaimana Proses Untuk Dapatkan Lesen Vokasional

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536?ref=hl

Sebelum anda hendak mengambil Lesen Vokasional GDL Kejur/PSV Van/PSV Teksi/PSV Bas/Konduktor pastikan mematuhi syarat berikut :
1) Memiliki Lesen Memandu Penuh Samada B2/C/D/E Kecuali Konduktor tidak memerlukan lesen memandu
2) Umur Genap 21 Tahun Kecuali Konduktor 18 Tahun.
3) Sihat Tubuh Badan
4) Tiada Sebarang Saman Kesalahan Lalulintas

Anda boleh mendapatkan borang medical (Warna Pink - JPJL8A) di kaunter JPJ Wangsa Maju atau JPJ terdekat dan boleh buat di mana-mana klinik swasta dan kerajaan menggunakan borang JPJL8A sebelum mendaftar untuk Kursus.
Harga yang ditawarkan tidak termasuk medical dan lesen vokasional.
Bawa fotostat KP 2 keping dan fotostat lesen memandu termasuk slip renew (jika ada) 2 kpg semasa pendaftaran dan bayaran penuh.

PSV Teksi RM 360 biasa RM 381.60 (Diskaun RM21.60)
GDL Kejur RM150 biasa RM 159 ( Diskaun RM9)


Sebarang Pertanyaan Lanjut/Temujanji/Klinik/Pendaftaran/Kursus Boleh Hubungi/SMS/WhatsApp Saya~
HP : 019-6122150 : Cikgu Wan Mohd Azhan (Kalau ingin penjelasan segera boleh Call terus).

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual (Bhg 3)

Selamat bersua kembali, kali ini saya akan sambung penulisan mengenai bagaimana menggunakan gear 1 hingga 5 dan gear Reverse. Di harap anda telah mengikuti topik ini pada Bhg 1 dan Bhg 2 kerana ia merupakan kesinambungan daripada Bhg tersebut.

Perlu diingatkan bahawa kita perlu memulakan pergerakan kenderaan dengan Gear 1 bukan Gear 2, 3, 4, 5 ya!. 

Terdapat tiga kaedah yang boleh di gunakan apabila anda hendak membuat pertukaran gear daripada gear 1 ke 2 sehinggalah gear 5. 

Kaedah Pertama, kita boleh berpandukan kepada jarum RPM (Tachometer) di mana setelah kita gerakkan kereta dengan gear satu dan menekan minyak kereta akan laju. Jarum RPM akan naik mengikut minyak yang ditekan. Tahap yang sesuai untuk pertukaran gear 2 adalah setelah jarum RPM sampai ke nombor 3 ( Lihat Foto). 

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536?ref=hl

 Kaedah Kedua berpandukan spedometer, cara senang faham gear 1 speedometer pada 0 km/j, gear 2 = 20  km/j, 3 =30  km/j, 4 = 40  km/j, 5 = 50 km/j ke atas atau 70 km/j ke atas. Biasanya nisbah pertukaran yang tepat dinyatakn dalam buku panduan kereta yang di beli. Ini adalah anggaran yang senang diamalkan.

Kaedah Ketiga berpandukan dengar bunyi deruan enjin. biasanya bila RPM cecah no 3 enjin akan bunyi kasar sikit dan sesuai untuk melakukan pertukran gear.

Semasa hendak menukar gear 1 ke 2 kaki kanan anda perlu lepaskan pedal minyak sepenuhnya dan tekan klac sepenuhnya disertaikan dengan masuk gear 2. Setelah masuk gear 2 lepas klac perlahan-lahan dan tekan semula pedal minyak.

Pertukaran gear seterusnya 3, 4 dan lima guna teknik yang sama seperti gear 1 ke 2 iaitu RPM sampai ke no3 boleh tukar gear. Pastikan anda jangan melihat pedal gear semasa pertukaran dilakukan, cuma biasakan rasa pergerakan tangan mengikut kedudukan gear.

Manakala Gear Reverse (Mengundur) hanya perlu pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum digunakan, tekan klac sepenuhnya dan masuk gear Reverse. Biasanya Gear Reverse di gunakan untuk mengundur jarak dekat seperti masuk Side Parking, garaj, parking mengundur, tiga penjuru dan seumpamanya.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada anda. Selamat belajar dan memandu.

Thursday, November 28, 2013

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual ( Bhg2 )

Bersua kita kembali, saya akan menyambung perbincangan mengenai operasi kereta gear manual, setelah kita memahami peralatan asas A, B, C (Accelerator, Brake, Clucth) dan kaki mana yang perlu di gunakan, saya akan terangkan penggunaan gear manual. (AMARAN: Pastikan anda telah di beri penerangan dengan jelas oleh Jurulatih Memandu Bertauliah @ mereka yang mempunyai lesen kereta- Penerangan ini sekadar untuk nota ulangkaji LATIHAN. PASTIKAN LATIHAN BERSAMA /JURULATIH @ ORANG YANG MAHIR JANGAN BERSENDIRIAN KERANA BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA @KEROSAKAN KERETA )

Pertama : Anda hendaklah tahu kedudukan gear 1 hingga 4 atau 5 dan R (Reverse/Mengundur) serta mengingati dalam kepala/minda. Tengok dan perhatikan dulu serta ingat . Sila rujuk foto...

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536
Kedua : Dalam keadaan kereta tidak bergerak tetapi enjin di hidupkan, handbrake di angkat dan gear dalam kedudukan Neutral (bebas) ditengah-tengah, anda menekan klac (clutch) menggunakan kaki kiri sehingga mencecah lantai @ tekan habis klac dan jangan angkat sepanjang anda berlatih memasukkan gear. Pastikan jangan tengok gear dan kaki semasa latihan, biasakan dengan sentuhan dan rasa pergerakan tangan mengikut arah gear.

Ketiga : Kemudian memasukkan setiap gear mulai :-
Gear 1~ dengan tolakkan tuil/batang gear ke kiri hingga menyentuh dinding dan tolak perlahan ke depan.

Gear 2 ~ daripada gear 1 perlahan tarik ke belakang dalam kedudukan lurus.
Gear 3 ~ daripada gear 2 tolak perlahan ke depan tengah lepaskan tuil gear dan perlahan tolak ke depan.
Gear 4 ~ daripada gear 3 tarik ke belakang perlahan dalam kedudukan lurus.
Gear 5 ~ daripada gear 4 tolak perlahan ke depan tengah, tolak ke kanan hingga menyentuh dinding gear dan tolak ke depan perlahan.
Gear Neutral ~ dari gear 5 tarik ke belakang tengah dan lepaskan.
Gear akan bebas di tengah-tengah di mana jika kita angkat klac enjin tidak akan mati.
Gear R (Reverse/Mengundur) ~ daripada kedudukan gear free tekan klac balik, kemudian tolak tuil gear ke kanan dan tolak ke belakang perlahan.

Bila anda tahu kedudukan gear yang betul dan cara menggunakannya dan boleh cuba memasukkan gear tanpa ikut urutan nombor sebagai latihan. Contohnya mulai gear 5, 4, 2,1 atau 3, 2, 1, 5, R dan seumpamanya. Selamat berlatih.....InsyaAllah dalam penulisan akan datang saya akan membincangkan bagaimana mengerakkan kereta menggunakan gear 1 sehingga 5, dan bagaimana menggunakan gear reverse....Tq

 

Wednesday, September 18, 2013

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual (Bhg 1)

Kesempatan kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara menggunakan gear kereta manual. Ramai di antara kita biasanya akan fobia atau takut untuk mempelajari kereta manual kerana selalu mati enjin dan melompat-lompat, sedangkan sebenarnya ia paling senang dan mudah sekali untuk di pelajari jika kena caranya. Saya akan memberikan tips-tips dan tekniknya dalam ruangan ini dan artikel berikutnya nanti.

Secara asasnya semua kereta manual mempunyai kedudukan gear yang sama cuma mungkin berbeza pada kedudukan gear R (Reverse) atau lokasi kedudukan gear ada yang di letak pada steering dan ada yang di letakkan pada tengah dashboard. Kebanyakkan gear manual terletak di tengah-tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang depan.
 
Peralatan yang berkait rapat dengan gear adalah klac (Clucth) yang terletak di bawah tempat kaki pemandu sebelah kiri sekali. Rujuk pada foto. Bagi anda yang terutamanya pertama kali baru belajar kereta atau yang sedang belajar memandu pastikan faham dan tahu apakah fungsi klac, brek dan minyak (accelerator) atau senang ingat A, B, C bukannya air batu campur tapi Accelerator (Minyak), Brake (Brek) dan Clucth (Klac).
 
Setkan dalam ingatan dan minda kita cara gunanya iaitu kaki kiri untuk klac sahaja, manakala kaki kanan untuk minyak dan brek kaki. Yang paling penting......ingat, ingat, dan ingat ya, pastikan klac tu di tekan rapat ke lantai dulu barulah di masukkan gearnya.
 
Pastikan anda ingat kedudukan gear ni dalam kepala, dan jangan sekali-kali tengok gear apabila hendak menukar gear nanti. Setiap kali pertukaran gear pastikan tengok ke hadapan dan pandang depan pandang jauh sejauh mata kita boleh nampak. Masa latihan biasanya Jurulatih akan ingatkan beberapa kali,  tapi kalau boleh terus setkan dalam minda kita setelah di beri penerangan tentang Sistem Kawalan Kenderaan (S.K.K).
 
Satu lagi petua sebelum anda belajar memandu dan membawa kereta, anda hendaklah tanamkan keyakinan dan keberanian dalam diri dan pelajari dan fahami betul-betul apa yang di terangkan oleh Cikgu/Jurulatih.
 
Insya Allah, saya akan sambung lagi macam mana hendak memulakan gear satu dan pertukaran gear lain dalam artikel akan datang....selamat membaca......
 

Saturday, June 15, 2013

Anda Takut Atau Fobia Memandu? ( Mereka Yang Dah Ada Lesen Memandu )




Assalamualaikum, bersua kita kembali dalam blog ini, kali ini saya akan memberikan beberapa tips dan panduan bagaimana cara memandu yang selamat dan betul tatkala memegang steering kereta maupun kenderaan lain di atas jalanraya. 

“Cikgu saya dah lama tak memandu tapi lesen dah dapat 5 tahun”…… antara persoalan  yang sering di kemukakan oleh pemegang lesen memandu. Terdapat segelintir daripada pemegang lesen memandu terutama kaum wanita kurang keyakinan dan takut memandu apabila mendapat lesen dan hanya menjadikan lesen sebagai simpanan dalam beg tangan.  Kenapa?

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pemandu, penceramah serta pengajar memandu antara puncanya adalah:-

1 ) Kurang keyakinan diri.
2) Takut berlaku kemalangan.
3) Kurang latihan memandu dan jarang memandu kereta.
4) Tidak ada kereta sendiri.
5) Latihan memandu hanya di kawasan sekitar laluan dan parking ujian memandu di institut memandu sahaja.
6) Menghafal tanpa memahami sistem kawalan kenderaan menyebabkan mereka lupa setelah lama tidak        memandu.
7) Mengambil lesen memandu sekadar memenuhi masa lapang atau memenuhi kehendak ibu bapa tapi     tidak minat memandu.
8) Mempunyai tanggapan setiap kenderaan berbeza cara mengendalikannya mengikut besar atau kecil saiz kereta walaupun peraturan dan undang-undang lesen memandu kelas D boleh memandu semua jenis kereta samaada kereta auto maupun manual.

Serta banyak lagi sebab-sebab yang pembaca boleh senaraikan sendiri.
Bagi mereka yang mengalami perkara-perkara di atas, mereka perlu mendapatkan latihan kemahiran semula ( refreshing driving ) dengan pengajar-pengajar memandu yang terlatih dan berpengalaman memandu berdekatan tempat tinggal masing-masing. 

     Untuk mereka yang ingin mendapatkan latihan kemahiran semula memandu samada kereta manual atau auto, perkara asas yang mesti ada :- 
      (1) Berani
(2)  Biasakan diri memandu lebih kerap setelah latihan.

Antara latihan, tips dan teknik yang anda akan pelajari dengan saya untuk mereka yang menjalani semula latihan kemahiran memandu ( pemegang lesen memandu kelas D samada lesen memandu P (Percubaan) atau CDL (Penuh) ) . ( Latihan kemahiran memandu akan di adakan di jalanraya atau lebuhraya dan kawasan parking sebenar di tempat yang berdekatan tempat tinggal anda.)

1 ) Mengenali sistem kawalan kenderaan  samada kereta auto atau manual.
2 ) Pemeriksaan Kabin ( Dalam Kereta )
3 ) Pemeriksaan luaran dan Enjin ( Contoh : apa yang di katakan “TWI” pada tayar )
4 ) Mengenali gear manual dan auto (untuk kereta auto )
5) Mengendalikan kereta auto ( Jika latihan auto sahaja).
6 ) Teknik Pull & Push untuk steering.
7 ) Memandu di jalanraya ~ jarak 2 saat, jarak berhenti, mengenalpasti halangan di jalanraya, cara menukar lorong, kawasan sibuk.
8 ) Parking kereta ( Bagi yang mengambil latihan melebihi 2 jam ).
Teknik yang di pelajari nanti Insya Allah akan memberikan keyakinan dan keberanian semula kepada mereka yang takut.

“ Cikgu saya perlukan berapa jam latihan balik?”

Untuk latihan kemahiran semula ini minima 2 jam latihan. Tapi berapa jam latihan untuk memastikan anda boleh memandu semula bergantung kepada keberanian serta kecekapan anda mengendalikan kereta dengan baik dan selamat. Di akhir setiap latihan anda akan di maklumkan perkara yang perlu di perbaiki dan kebolehan pemanduan anda.

Secara amnya untuk menjadikan anda pemandu yang cekap dan berhemat perlukan pemanduan yang berterusan dan sentiasa mempelajari ilmu pemanduan setiap masa mengikut perkembangan semasa.
Sehingga berjumpa lagi di lain coretan. Wassalam.

Sunday, October 21, 2012

Pemeriksaan Kenderaan ( Vehicle Inspection ) ( Bhg 1)

Ramai antara kita samaada pemandu baru, lama dan bakal-bakal pemandu yang kurang pengetahuan mengenai  Pemeriksaan Kenderaan ( Vehicle Inspection ) setiap kali sebelum, semasa, dan selepas perjalanan tidak kira ke mana-mana destinasi yang anda ingin tujui.

Pada kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit teknik pemeriksaan kenderaan terutama bahagian luaran yang  boleh kita lakukan setiap kali sebelum, semasa dan selepas perjalanan tidak kira apa-apa jenis kenderaan darat seperti kereta, motorsikal, bas, teksi, van dan seumpamanya. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengesan dan menjaga kenderaan kita agar selamat dan mengurangkan risiko kerosakan dalam perjalanan sebelum di hantar ke bengkel jika terdapat kerosakan atau kehausan yang kita kesan.

Kebiasaanya anda boleh luangkan masa lebih kurang 15 - 20 minit untuk melakukan pemeriksaan bahagian Enjin serta luaran kenderaan terhadap beberapa alat menggunakan formula "POWER" terutamanya pada bahagian enjin. Ia di lakukan secara sistematik dan pastikan tempat yang selamat untuk di lakukan. Di mana POWER mewakili :-

  1. P = Petroleum iaitu samada minyak Petrol atau Diesel
  2. O= Oil seperti minyak enjin, minyak brek, minyak power steering, minyak gear box.
  3. W= Water seperti air radiator/coolant, air bateri, air wiper.
  4. E = Electricity seperti pendawaian pada bateri.
  5. R = Rubber seperti hos-hos getah dalam ruangan enjin.


Manakala pada bahagian luaran pemeriksaan badan kenderaan, tayar, lampu, no plat, signal dan seumpamanya. Bagaimana dan apa yang perlu kita periksa akan di terangkan lagi pada ruangan akan datang. Semoga sedikit sebanyak dapat kita kongsi teknik pemeriksaan dan dapat di amalkan sebagai rutin sebelum perjalanan di lakukan.