Thursday, December 18, 2014

RPK ~ Rutin Pemeriksaan Kenderaan

Bersua lagi kita, pada kali ini kita pelajari istilah baru RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) yang akan dipelajari oleh bakal-bakal pemandu baru setelah menjalani Kursus KPP01 dan Ujian Komputer serta memperolehi lesen L. Bagi mereka yang mengambil kelas motosikal dan kereta, masing-masing akan mempelajari RPK mengikut kelas lesen yang di ambil.
           Saya hanya sentuh RPK kereta sahaja dalam ruangan ini. RPK akan di pelajari dalam KPP 02. Setiap orang akan di ajar bagaimana melakukan RPK secara terperinci mengikut standard yang dikehendaki. Setiap kali sesi latihan mereka akan melakukan
latihan ulangan sehingga mereka mahir. Masa yang diperuntukan lebih kurang 5 hingga 15 minit. Antara elemen yang mereka akan pelajari ialah melakukan pemeriksaan badan kereta serta tayar mengikut pusingan jam.
            Di akhir sekali mereka akan membuka bahagian enjin kereta dan memeriksa komponen-komponen penting menggunakan formula
 " POWDER".
POWDER adalah singkatan untuk
P = Petroleum contoh petrol, NGV atau Diesel
O= Oil contoh minyak brek, enjin, power steering, clucth dan gearbox
W= Water contoh air pencuci cermin, air bateri dan coolant.
D = Damage = kerosakan contoh pemeriksaan badan kereta dan cermin
E= Electrical contoh wiring bateri
R= Rubber contoh Hos, talisawat alternator, talisawat air cond dan talisawat power steering.

Pelajar perlu tahu bahagian enjin dan fungsinya dengan kaedah tunjuk dan memberitahu. Setiap pelajar akan mendapat buku teks KPP sebagai panduan rujukan. RPK termasuk dalam ujian bhg 2 elemen litar. Jika pelajar gagal melakukan RPK akan menyebabkan beliau gagal dalam ujian bhg 2.

            Pelajar perlu melakukan dengan baik dalam tempoh masa yang di beri sebelum melakukan ujian seterusnya iaitu RSM ( Rutin Sebelum Memandu ), Mendaki Bukit, Memakir sisi, Pusingan Tiga Penjuru, Selekoh Z dan Selekoh S. Saya akan sentuh perkara yang dinyatakan dalam tulisan yang akan datang. Moga pembaca mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai RPK....Hubungi Cikgu Wan Mohd Azhan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran..Insya Allah kita bersua lagi dalam masa terdekat.

Thursday, October 16, 2014

Lesen Vokasional GDL Kejur

Bersua kita kembali dalam Blog Pemanduan Berhemat. Pada kesempatan kali ini saya ingin menerangkan tentang proses untuk mendapatkan lesen GDL Kejur. GDL bermaksud Goods Vehicle Driving License          ( lesen memandu kenderaan barangan). P:roses mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk dapatkan LESEN GDL.
Syarat yang perlu dipatuhi :-
 1) Memiliki lesen penuh (CDL) kelas B2, D atau E. Lesen P (Percubaan) tidak boleh memohon.
 2) Umur 21 tahun dan keatas.
 3) Sihat tubuh badan.

Sebelum anda berhajat untuk memasuki kursus di tempat kami ( Setiap Khamis ), anda perlu mengetahui beberapa langkah mudah dan senang diikuti.
Langkah pertama : Ambil borang JPJL8A (Warna Pink) di JPJ Negeri Terdekat (Cth : JPJ Wilayah) .
Langkah kedua    : Buat medical check up di mana-mana klinik swasta atau kerajaan menggunakan borang JPJL8A (Pink) tu, dimana anda perlu mendapatkan resit klinik sekali setelah selesai. Boleh hubungi saya untuk dapatkan cadangan klinik yang berdekatan.
Langkah ketiga       : SMS nama dan No KP dan tarikh kursus (setiap khamis) untuk Daftar dan Pembayaran.
Langkah keempat    : Hadir  Kursus ( 7 jam) dengan membawa borang medical (JPJL8A) & resit klinik, Fotostat Kp 2 kpg dan lesen 2 kpg. Pakaian sesuai baju berkolar dan berkasut serta bayaran yang dinyatakan. Buku teks akan diberi masa kursus.
Langkah kelima      : Menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus, di mana markah lulus 42/50.
Langkah keenam     : Bawa Dokumen Lulus ujian untuk buat Lesen GDL di JPJ Negeri tiga hari selepas keputusan ujian dikeluarkan.

Kepada anda yang berhajat untuk memiliki lesen GDL dan memenuhi syarat yang dinyatakan, harga yang saya tawarkan hanya RM150 sahaja merangkumi kursus hingga ujian bertulis tidak termasuk medical checkup dan lesen. Boleh hubungi saya terus 019-6122150 Cikgu Wan Mohd Azhan untuk keterangan lanjut lain-lain lesen Memandu dan Vokasional serta pendaftaran. Lokasi : Gombak.

Wednesday, August 6, 2014

PELAKSANAAN MODUL KPP BARU:



Assalamualaikum, kepada pengunjung Blog Pemanduan Berhemat ini di ucapkan selamat datang dan semoga perkongsian maklumat dan ilmu memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua.
Kali ini saya Cuma hendak update mengenai pelaksanaan modul baru bagi lesen memandu kelas B2, B, C, D. Secara ringkas proses kelas D sebagaimana berikut:-
1)      Pendaftaran
2)      KPP 01- Kursus Teori ( Mengikut Kelas Berasingan Motosikal, Kereta)
3)      Ujian berkomputer
4)      Lesen L

5)       KPP 02 -Latihan di dalam litar wajib    
           Latihan amali Dalam Litar (5 1/2 Jam)

6)      KPP 03
           Latihan amali Jalanraya (10 1/2 Jam) 
7)           Ujian Amali Bhg 2 & 3 JPJ
 8)               Lesen Percubaan

Modul baru mengabungkan tambahan beberapa elemen termasuk masa jam belajar memandu telah bertambah maka secara langsung kos harga lesen memandu bertambah.

Anggaran masa dari pendaftaran ke lesen Percubaan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 4 bulan jika lulus setiap peringkat.  Semasa pendaftaran anda akan di beri penerangan terperinci setiap Bahagian. Hubungi/WhatsApp/Telegram 019-6122150 untuk pendaftaran/keterangan lanjut. TQ

Wednesday, March 12, 2014

Ketahui Bagaimana Proses Untuk Dapatkan Lesen Vokasional

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536?ref=hl

Sebelum anda hendak mengambil Lesen Vokasional GDL Kejur/PSV Van/PSV Teksi/PSV Bas/Konduktor pastikan mematuhi syarat berikut :
1) Memiliki Lesen Memandu Penuh Samada B2/C/D/E Kecuali Konduktor tidak memerlukan lesen memandu
2) Umur Genap 21 Tahun Kecuali Konduktor 18 Tahun.
3) Sihat Tubuh Badan
4) Tiada Sebarang Saman Kesalahan Lalulintas

Anda boleh mendapatkan borang medical (Warna Pink - JPJL8A) di kaunter JPJ Wangsa Maju atau JPJ terdekat dan boleh buat di mana-mana klinik swasta dan kerajaan menggunakan borang JPJL8A sebelum mendaftar untuk Kursus.
Harga yang ditawarkan tidak termasuk medical dan lesen vokasional.
Bawa fotostat KP 2 keping dan fotostat lesen memandu termasuk slip renew (jika ada) 2 kpg semasa pendaftaran dan bayaran penuh.

PSV Teksi RM 360 biasa RM 381.60 (Diskaun RM21.60)
GDL Kejur RM150 biasa RM 159 ( Diskaun RM9)


Sebarang Pertanyaan Lanjut/Temujanji/Klinik/Pendaftaran/Kursus Boleh Hubungi/SMS/WhatsApp Saya~
HP : 019-6122150 : Cikgu Wan Mohd Azhan (Kalau ingin penjelasan segera boleh Call terus).

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual (Bhg 3)

Selamat bersua kembali, kali ini saya akan sambung penulisan mengenai bagaimana menggunakan gear 1 hingga 5 dan gear Reverse. Di harap anda telah mengikuti topik ini pada Bhg 1 dan Bhg 2 kerana ia merupakan kesinambungan daripada Bhg tersebut.

Perlu diingatkan bahawa kita perlu memulakan pergerakan kenderaan dengan Gear 1 bukan Gear 2, 3, 4, 5 ya!. 

Terdapat tiga kaedah yang boleh di gunakan apabila anda hendak membuat pertukaran gear daripada gear 1 ke 2 sehinggalah gear 5. 

Kaedah Pertama, kita boleh berpandukan kepada jarum RPM (Tachometer) di mana setelah kita gerakkan kereta dengan gear satu dan menekan minyak kereta akan laju. Jarum RPM akan naik mengikut minyak yang ditekan. Tahap yang sesuai untuk pertukaran gear 2 adalah setelah jarum RPM sampai ke nombor 3 ( Lihat Foto). 

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536?ref=hl

 Kaedah Kedua berpandukan spedometer, cara senang faham gear 1 speedometer pada 0 km/j, gear 2 = 20  km/j, 3 =30  km/j, 4 = 40  km/j, 5 = 50 km/j ke atas atau 70 km/j ke atas. Biasanya nisbah pertukaran yang tepat dinyatakn dalam buku panduan kereta yang di beli. Ini adalah anggaran yang senang diamalkan.

Kaedah Ketiga berpandukan dengar bunyi deruan enjin. biasanya bila RPM cecah no 3 enjin akan bunyi kasar sikit dan sesuai untuk melakukan pertukran gear.

Semasa hendak menukar gear 1 ke 2 kaki kanan anda perlu lepaskan pedal minyak sepenuhnya dan tekan klac sepenuhnya disertaikan dengan masuk gear 2. Setelah masuk gear 2 lepas klac perlahan-lahan dan tekan semula pedal minyak.

Pertukaran gear seterusnya 3, 4 dan lima guna teknik yang sama seperti gear 1 ke 2 iaitu RPM sampai ke no3 boleh tukar gear. Pastikan anda jangan melihat pedal gear semasa pertukaran dilakukan, cuma biasakan rasa pergerakan tangan mengikut kedudukan gear.

Manakala Gear Reverse (Mengundur) hanya perlu pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum digunakan, tekan klac sepenuhnya dan masuk gear Reverse. Biasanya Gear Reverse di gunakan untuk mengundur jarak dekat seperti masuk Side Parking, garaj, parking mengundur, tiga penjuru dan seumpamanya.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada anda. Selamat belajar dan memandu.

Thursday, November 28, 2013

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual ( Bhg2 )

Bersua kita kembali, saya akan menyambung perbincangan mengenai operasi kereta gear manual, setelah kita memahami peralatan asas A, B, C (Accelerator, Brake, Clucth) dan kaki mana yang perlu di gunakan, saya akan terangkan penggunaan gear manual. (AMARAN: Pastikan anda telah di beri penerangan dengan jelas oleh Jurulatih Memandu Bertauliah @ mereka yang mempunyai lesen kereta- Penerangan ini sekadar untuk nota ulangkaji LATIHAN. PASTIKAN LATIHAN BERSAMA /JURULATIH @ ORANG YANG MAHIR JANGAN BERSENDIRIAN KERANA BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA @KEROSAKAN KERETA )

Pertama : Anda hendaklah tahu kedudukan gear 1 hingga 4 atau 5 dan R (Reverse/Mengundur) serta mengingati dalam kepala/minda. Tengok dan perhatikan dulu serta ingat . Sila rujuk foto...

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536
Kedua : Dalam keadaan kereta tidak bergerak tetapi enjin di hidupkan, handbrake di angkat dan gear dalam kedudukan Neutral (bebas) ditengah-tengah, anda menekan klac (clutch) menggunakan kaki kiri sehingga mencecah lantai @ tekan habis klac dan jangan angkat sepanjang anda berlatih memasukkan gear. Pastikan jangan tengok gear dan kaki semasa latihan, biasakan dengan sentuhan dan rasa pergerakan tangan mengikut arah gear.

Ketiga : Kemudian memasukkan setiap gear mulai :-
Gear 1~ dengan tolakkan tuil/batang gear ke kiri hingga menyentuh dinding dan tolak perlahan ke depan.

Gear 2 ~ daripada gear 1 perlahan tarik ke belakang dalam kedudukan lurus.
Gear 3 ~ daripada gear 2 tolak perlahan ke depan tengah lepaskan tuil gear dan perlahan tolak ke depan.
Gear 4 ~ daripada gear 3 tarik ke belakang perlahan dalam kedudukan lurus.
Gear 5 ~ daripada gear 4 tolak perlahan ke depan tengah, tolak ke kanan hingga menyentuh dinding gear dan tolak ke depan perlahan.
Gear Neutral ~ dari gear 5 tarik ke belakang tengah dan lepaskan.
Gear akan bebas di tengah-tengah di mana jika kita angkat klac enjin tidak akan mati.
Gear R (Reverse/Mengundur) ~ daripada kedudukan gear free tekan klac balik, kemudian tolak tuil gear ke kanan dan tolak ke belakang perlahan.

Bila anda tahu kedudukan gear yang betul dan cara menggunakannya dan boleh cuba memasukkan gear tanpa ikut urutan nombor sebagai latihan. Contohnya mulai gear 5, 4, 2,1 atau 3, 2, 1, 5, R dan seumpamanya. Selamat berlatih.....InsyaAllah dalam penulisan akan datang saya akan membincangkan bagaimana mengerakkan kereta menggunakan gear 1 sehingga 5, dan bagaimana menggunakan gear reverse....Tq

 

Wednesday, September 18, 2013

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual (Bhg 1)

Kesempatan kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana cara menggunakan gear kereta manual. Ramai di antara kita biasanya akan fobia atau takut untuk mempelajari kereta manual kerana selalu mati enjin dan melompat-lompat, sedangkan sebenarnya ia paling senang dan mudah sekali untuk di pelajari jika kena caranya. Saya akan memberikan tips-tips dan tekniknya dalam ruangan ini dan artikel berikutnya nanti.

Secara asasnya semua kereta manual mempunyai kedudukan gear yang sama cuma mungkin berbeza pada kedudukan gear R (Reverse) atau lokasi kedudukan gear ada yang di letak pada steering dan ada yang di letakkan pada tengah dashboard. Kebanyakkan gear manual terletak di tengah-tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang depan.
 
Peralatan yang berkait rapat dengan gear adalah klac (Clucth) yang terletak di bawah tempat kaki pemandu sebelah kiri sekali. Rujuk pada foto. Bagi anda yang terutamanya pertama kali baru belajar kereta atau yang sedang belajar memandu pastikan faham dan tahu apakah fungsi klac, brek dan minyak (accelerator) atau senang ingat A, B, C bukannya air batu campur tapi Accelerator (Minyak), Brake (Brek) dan Clucth (Klac).
 
Setkan dalam ingatan dan minda kita cara gunanya iaitu kaki kiri untuk klac sahaja, manakala kaki kanan untuk minyak dan brek kaki. Yang paling penting......ingat, ingat, dan ingat ya, pastikan klac tu di tekan rapat ke lantai dulu barulah di masukkan gearnya.
 
Pastikan anda ingat kedudukan gear ni dalam kepala, dan jangan sekali-kali tengok gear apabila hendak menukar gear nanti. Setiap kali pertukaran gear pastikan tengok ke hadapan dan pandang depan pandang jauh sejauh mata kita boleh nampak. Masa latihan biasanya Jurulatih akan ingatkan beberapa kali,  tapi kalau boleh terus setkan dalam minda kita setelah di beri penerangan tentang Sistem Kawalan Kenderaan (S.K.K).
 
Satu lagi petua sebelum anda belajar memandu dan membawa kereta, anda hendaklah tanamkan keyakinan dan keberanian dalam diri dan pelajari dan fahami betul-betul apa yang di terangkan oleh Cikgu/Jurulatih.
 
Insya Allah, saya akan sambung lagi macam mana hendak memulakan gear satu dan pertukaran gear lain dalam artikel akan datang....selamat membaca......