Tuesday, October 13, 2015

Hayati Dan Fahami Maksud Papan Tanda Jalanraya1

Tentu anda sudah arif dan tahu maksud papan tanda ini iaitu pemandu kenderaan ringan maupun berat  Dilarang Membuat Pusingan U dihadapan kerana keadaan jalan berbahaya dan sempit.
      Namun realiti dan hakikatnya berapa ramai yang tidak mematuhinya? Berapa ramai yang melihatnya? Berapa ramai yang memahaminya? Berapa ramai yang tidak perasan papan tanda? Berapa ramai yang sengaja tidak nampak....
      Banyak kes kemalangan maut maupun kecederaan ringan dan berat berlaku kerana tidak mematuhi arahan papan tanda ini.
      Sebagai pemandu berhemat dan berpengalaman di atas jalanraya maupun yang baru belajar atau yang baru memperolehi lesen memandu percubaan....amalkan apa yang dipelajari dan fahami maksud larangan dan bahaya yang bakal dihadapi jika kita mengikut sikap negatif tidak mahu mematuhinya.
             Amalkan memandang kehadapan kita sejauh mata memandang lebih kurang jarak 100 hingga 150 meter kehadapan dan sentiasalah memerhati persekitaran dan papan tanda semasa memandu. Semoga sedikit sebanyak dapat manfaat untuk anda semua....Selamat Memandu..Biasakan yang betul dan betulkan yang salah.

Wednesday, January 14, 2015

RSM (Rutin Sebelum Memandu) Kereta

Selamat Tahun Baru 2015,
https://ms-my.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536
rasanya belum lagi terlambat untuk saya ucapkan, semoga tahun ini kita semua akan di beri kebahagian dan kesejahteraan serta ketabahan dalam menjalani liku-liku kehidupan. Kepada mereka yang terlibat dengan banjir saya doakan semoga tabah menghadapi dugaan dan kuat serta bangkit kembali untuk meneruskan kehidupan yang mendatang, pasti ada hikmah di atas setiap kejadian.
              Mulai tahun 2015 ini, penulisan saya dalam blog ini akan di nukilkan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semoga segala maklumat dan info-info berkaitan lesen memandu Malaysia dapat di kongsi bersama di peringkat antarabangsa bagi anda yang di luar Malaysia.
              Pada ruangan kali ini saya akan menerangkan mengenai istilah RSM (Rutin Sebelum Memandu) khas untuk mereka yang bakal atau sedang mengambil lesen kereta. Kebiasaannya calon pemandu akan di perkenalkan pada sesi latihan KPP02 setelah selesai mempelajari RPK ( Sila rujuk artikel saya yang lepas).
              Terdapat 9 langkah yang anda perlu ketahui sebagaimana ringkasan di bawah:
https://ms-my.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536
  1. Pastikan Brek Tangan (Hand Brek) di tarik.
  2. Laraskan tempat duduk dan tempat sandar belakang bagi selesa.
  3. Letakkan tangan pada stereng.
  4. Laraskan Cermin Sisi Kanan, Cermin Pandang Belakang, Sisi Kiri ikut ukuran yang dikehendaki.
  5. Onkan suis enjin dan terangkan lampu-lampu amaran yang menyala seperti handbrake, bateri, pelincir, Petrol, dan Jangka suhu.
  6. Tekan Klac dan tentukan gear bebas
  7. Tekan Klac dan Hidupkan Enjin Kereta
  8. Terangkan meter-meter pada dashboard seperti RPM, uji lampu isyarat kiri kanan, lampu rendah dan tinggi, Isyarat Kecemasan, Air Wiper dan Wiper serta Hon.
  9. Periksa Tali pinggang Kaledar dan pasangkan.
Setelah selesai pemeriksaan RSM kereta calon akan meneruskan latihan samada Bhg 2 (Litar)dan Bhg 3 (Jalanraya) mengikut arahan yang di beri. Bakal-bakal pemandu akan di beri penerangan secara terperinci dan perlu melakukan latihan di atas setiap sesi latihan yang diperuntukkan.
             Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh hubungi atau Whatssap saya Cikgu Wan Mohd Azhan 019-6122150. Hingga bersua lagi di lain masa.......
 


 
Happy New Year 2015 , it was not yet too late for me to say , I hope this year we will be given all
the happiness and well-being as well as fortitude in carrying out the vagaries of life . To those 
who are involved with the flood I wish it tough to face allegations and strong and rose again
to continue the next life ,surely there is wisdom on every incident .

Beginning in 2015 , my writing in this blog will be bilingual Malay and English Language . Hopefully
all information related Malaysian Driving licence can guide those outside Malaysia .

In this space I will explain the terms RSM ( Routine Before Driving ) typical for those who will or
are taking a driving training. Normally candidate will be introduced  to KPP02 training session after
he or she completed study RPK ( Please refer to the last article ) .

There are 9 steps you need to know as a summary below :

1.      Make sure Hand Brake is pulled .
2.      Adjust seat and a rear dock .
3.      Place your hands on steering .
4.      Adjust Right Side Mirror , Rear View Mirror , Left Side Mirror according 
         the desired percentage .
5.      Switch on the engine and explain Petrol and the temperature as well as the warning lights are  
         lit  like Handbrake , batteries , lubricants
6.      Press clutch and specify the free gear
7.      Press clutch and Switch on the  Engine
8.      Explain meters on the dashboard like RPM , as well as test signal lights left and right , high and 
         low lights, Hazards signal ,Water Wiper, Wiper and Honk .
9.      Check Seat Belt and fasten it .

After completion RSM car inspection,  candidates will continue to training either Part  2  ( Circuit ) and
Part  3 ( On the Road ) follow in the given direction . The detailed information will be given to candidates
what to do to the above exercise every training session dedicated .

For details and registration do not hesitate to call or Whatssap me Cikgu Wan Mohd Azhan 019-6122150. Until met again at a later time ......



Thursday, December 18, 2014

RPK ~ Rutin Pemeriksaan Kenderaan

Bersua lagi kita, pada kali ini kita pelajari istilah baru RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) yang akan dipelajari oleh bakal-bakal pemandu baru setelah menjalani Kursus KPP01 dan Ujian Komputer serta memperolehi lesen L. Bagi mereka yang mengambil kelas motosikal dan kereta, masing-masing akan mempelajari RPK mengikut kelas lesen yang di ambil.
           Saya hanya sentuh RPK kereta sahaja dalam ruangan ini. RPK akan di pelajari dalam KPP 02. Setiap orang akan di ajar bagaimana melakukan RPK secara terperinci mengikut standard yang dikehendaki. Setiap kali sesi latihan mereka akan melakukan
latihan ulangan sehingga mereka mahir. Masa yang diperuntukan lebih kurang 5 hingga 15 minit. Antara elemen yang mereka akan pelajari ialah melakukan pemeriksaan badan kereta serta tayar mengikut pusingan jam.
            Di akhir sekali mereka akan membuka bahagian enjin kereta dan memeriksa komponen-komponen penting menggunakan formula
 " POWDER".
POWDER adalah singkatan untuk
P = Petroleum contoh petrol, NGV atau Diesel
O= Oil contoh minyak brek, enjin, power steering, clucth dan gearbox
W= Water contoh air pencuci cermin, air bateri dan coolant.
D = Damage = kerosakan contoh pemeriksaan badan kereta dan cermin
E= Electrical contoh wiring bateri
R= Rubber contoh Hos, talisawat alternator, talisawat air cond dan talisawat power steering.

Pelajar perlu tahu bahagian enjin dan fungsinya dengan kaedah tunjuk dan memberitahu. Setiap pelajar akan mendapat buku teks KPP sebagai panduan rujukan. RPK termasuk dalam ujian bhg 2 elemen litar. Jika pelajar gagal melakukan RPK akan menyebabkan beliau gagal dalam ujian bhg 2.

            Pelajar perlu melakukan dengan baik dalam tempoh masa yang di beri sebelum melakukan ujian seterusnya iaitu RSM ( Rutin Sebelum Memandu ), Mendaki Bukit, Memakir sisi, Pusingan Tiga Penjuru, Selekoh Z dan Selekoh S. Saya akan sentuh perkara yang dinyatakan dalam tulisan yang akan datang. Moga pembaca mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai RPK....Hubungi Cikgu Wan Mohd Azhan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran..Insya Allah kita bersua lagi dalam masa terdekat.

Thursday, October 16, 2014

Lesen Vokasional GDL Kejur

Bersua kita kembali dalam Blog Pemanduan Berhemat. Pada kesempatan kali ini saya ingin menerangkan tentang proses untuk mendapatkan lesen GDL Kejur. GDL bermaksud Goods Vehicle Driving License          ( lesen memandu kenderaan barangan). P:roses mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk dapatkan LESEN GDL.
Syarat yang perlu dipatuhi :-
 1) Memiliki lesen penuh (CDL) kelas B2, D atau E. Lesen P (Percubaan) tidak boleh memohon.
 2) Umur 21 tahun dan keatas.
 3) Sihat tubuh badan.

Sebelum anda berhajat untuk memasuki kursus di tempat kami ( Setiap Khamis ), anda perlu mengetahui beberapa langkah mudah dan senang diikuti.
Langkah pertama : Ambil borang JPJL8A (Warna Pink) di JPJ Negeri Terdekat (Cth : JPJ Wilayah) .
Langkah kedua    : Buat medical check up di mana-mana klinik swasta atau kerajaan menggunakan borang JPJL8A (Pink) tu, dimana anda perlu mendapatkan resit klinik sekali setelah selesai. Boleh hubungi saya untuk dapatkan cadangan klinik yang berdekatan.
Langkah ketiga       : SMS nama dan No KP dan tarikh kursus (setiap khamis) untuk Daftar dan Pembayaran.
Langkah keempat    : Hadir  Kursus ( 7 jam) dengan membawa borang medical (JPJL8A) & resit klinik, Fotostat Kp 2 kpg dan lesen 2 kpg. Pakaian sesuai baju berkolar dan berkasut serta bayaran yang dinyatakan. Buku teks akan diberi masa kursus.
Langkah kelima      : Menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus, di mana markah lulus 42/50.
Langkah keenam     : Bawa Dokumen Lulus ujian untuk buat Lesen GDL di JPJ Negeri tiga hari selepas keputusan ujian dikeluarkan.

Kepada anda yang berhajat untuk memiliki lesen GDL dan memenuhi syarat yang dinyatakan, harga yang saya tawarkan hanya RM150 sahaja merangkumi kursus hingga ujian bertulis tidak termasuk medical checkup dan lesen. Boleh hubungi saya terus 019-6122150 Cikgu Wan Mohd Azhan untuk keterangan lanjut lain-lain lesen Memandu dan Vokasional serta pendaftaran. Lokasi : Gombak.

Wednesday, August 6, 2014

PELAKSANAAN MODUL KPP BARU:



Assalamualaikum, kepada pengunjung Blog Pemanduan Berhemat ini di ucapkan selamat datang dan semoga perkongsian maklumat dan ilmu memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua.
Kali ini saya Cuma hendak update mengenai pelaksanaan modul baru bagi lesen memandu kelas B2, B, C, D. Secara ringkas proses kelas D sebagaimana berikut:-
1)      Pendaftaran
2)      KPP 01- Kursus Teori ( Mengikut Kelas Berasingan Motosikal, Kereta)
3)      Ujian berkomputer
4)      Lesen L

5)       KPP 02 -Latihan di dalam litar wajib    
           Latihan amali Dalam Litar (5 1/2 Jam)

6)      KPP 03
           Latihan amali Jalanraya (10 1/2 Jam) 
7)           Ujian Amali Bhg 2 & 3 JPJ
 8)               Lesen Percubaan

Modul baru mengabungkan tambahan beberapa elemen termasuk masa jam belajar memandu telah bertambah maka secara langsung kos harga lesen memandu bertambah.

Anggaran masa dari pendaftaran ke lesen Percubaan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 4 bulan jika lulus setiap peringkat.  Semasa pendaftaran anda akan di beri penerangan terperinci setiap Bahagian. Hubungi/WhatsApp/Telegram 019-6122150 untuk pendaftaran/keterangan lanjut. TQ

Wednesday, March 12, 2014

Ketahui Bagaimana Proses Untuk Dapatkan Lesen Vokasional

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536?ref=hl

Sebelum anda hendak mengambil Lesen Vokasional GDL Kejur/PSV Van/PSV Teksi/PSV Bas/Konduktor pastikan mematuhi syarat berikut :
1) Memiliki Lesen Memandu Penuh Samada B2/C/D/E Kecuali Konduktor tidak memerlukan lesen memandu
2) Umur Genap 21 Tahun Kecuali Konduktor 18 Tahun.
3) Sihat Tubuh Badan
4) Tiada Sebarang Saman Kesalahan Lalulintas

Anda boleh mendapatkan borang medical (Warna Pink - JPJL8A) di kaunter JPJ Wangsa Maju atau JPJ terdekat dan boleh buat di mana-mana klinik swasta dan kerajaan menggunakan borang JPJL8A sebelum mendaftar untuk Kursus.
Harga yang ditawarkan tidak termasuk medical dan lesen vokasional.
Bawa fotostat KP 2 keping dan fotostat lesen memandu termasuk slip renew (jika ada) 2 kpg semasa pendaftaran dan bayaran penuh.

PSV Teksi RM 360 biasa RM 381.60 (Diskaun RM21.60)
GDL Kejur RM150 biasa RM 159 ( Diskaun RM9)


Sebarang Pertanyaan Lanjut/Temujanji/Klinik/Pendaftaran/Kursus Boleh Hubungi/SMS/WhatsApp Saya~
HP : 019-6122150 : Cikgu Wan Mohd Azhan (Kalau ingin penjelasan segera boleh Call terus).

Senangnya Memandu Kereta Gear Manual (Bhg 3)

Selamat bersua kembali, kali ini saya akan sambung penulisan mengenai bagaimana menggunakan gear 1 hingga 5 dan gear Reverse. Di harap anda telah mengikuti topik ini pada Bhg 1 dan Bhg 2 kerana ia merupakan kesinambungan daripada Bhg tersebut.

Perlu diingatkan bahawa kita perlu memulakan pergerakan kenderaan dengan Gear 1 bukan Gear 2, 3, 4, 5 ya!. 

Terdapat tiga kaedah yang boleh di gunakan apabila anda hendak membuat pertukaran gear daripada gear 1 ke 2 sehinggalah gear 5. 

Kaedah Pertama, kita boleh berpandukan kepada jarum RPM (Tachometer) di mana setelah kita gerakkan kereta dengan gear satu dan menekan minyak kereta akan laju. Jarum RPM akan naik mengikut minyak yang ditekan. Tahap yang sesuai untuk pertukaran gear 2 adalah setelah jarum RPM sampai ke nombor 3 ( Lihat Foto). 

https://www.facebook.com/pages/Ingin-Lesen-Dan-Belajar-Memandu/251793924850536?ref=hl

 Kaedah Kedua berpandukan spedometer, cara senang faham gear 1 speedometer pada 0 km/j, gear 2 = 20  km/j, 3 =30  km/j, 4 = 40  km/j, 5 = 50 km/j ke atas atau 70 km/j ke atas. Biasanya nisbah pertukaran yang tepat dinyatakn dalam buku panduan kereta yang di beli. Ini adalah anggaran yang senang diamalkan.

Kaedah Ketiga berpandukan dengar bunyi deruan enjin. biasanya bila RPM cecah no 3 enjin akan bunyi kasar sikit dan sesuai untuk melakukan pertukran gear.

Semasa hendak menukar gear 1 ke 2 kaki kanan anda perlu lepaskan pedal minyak sepenuhnya dan tekan klac sepenuhnya disertaikan dengan masuk gear 2. Setelah masuk gear 2 lepas klac perlahan-lahan dan tekan semula pedal minyak.

Pertukaran gear seterusnya 3, 4 dan lima guna teknik yang sama seperti gear 1 ke 2 iaitu RPM sampai ke no3 boleh tukar gear. Pastikan anda jangan melihat pedal gear semasa pertukaran dilakukan, cuma biasakan rasa pergerakan tangan mengikut kedudukan gear.

Manakala Gear Reverse (Mengundur) hanya perlu pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum digunakan, tekan klac sepenuhnya dan masuk gear Reverse. Biasanya Gear Reverse di gunakan untuk mengundur jarak dekat seperti masuk Side Parking, garaj, parking mengundur, tiga penjuru dan seumpamanya.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada anda. Selamat belajar dan memandu.