Sila Klik

LOKASI GOMBAK/KUALA LUMPUR

Monday, July 4, 2011

RAYUAN LESEN MEMANDU TAMAT HAMPIR 16 TAHUN

Bersua lagi kita dalam blog pemanduan berhemat. Kali ini saya ingin sentuh mengenai rayuan lesen memandu percubaan, lesen memandu  Cdl (Penuh) serta lesen Vokasional ( PSV Teksi, Bas, GDL).

Ramai di antara pemegang lesen memandu yang dibatalkan lesen mereka kerana gagal memperbaharuinya setelah tamat tempoh melebihi 1 tahun (Lesen Percubaan) atau 3 tahun bagi lesen memandu CDL (Penuh) & Vokasional (Teksi,Bas, GDL) tidak tahu mereka di beri peluang membuat rayuan semula dengan syarat-syarat tertentu.

Kemungkinan ramai yang kurang faham atau tidak tahu kepada siapa hendak di rujuk atau bertanya dan bagaimana prosesnya. Saya ada menguruskan beberapa kes lesen memandu rayuan dan salah seorang pelanggan telah tamat tempoh lesen memandu beliau hampir 16 tahun, dan Alhamdulillah beliau dapat semula lesen memandu kereta yang sudah lama terkubur itu dengan mengambil semula ujian Praktikal JPJ Bhg2 ( Bukit, Side Parking & 3 Penjuru) serta  Bhg3 (Jalanraya) sahaja. 

Perkara pertama yang kita kena pastikan sebelum membuat rayuan ialah memastikan lesen memandu yang lama masih mempunyai rekod yang sah dan semua saman di selesaikan terlebih dahulu. Antara syarat-syarat rayuan lesen memandu di benarkan seperti belajar di luar negara, masalah kesihatan, pernah menjalani hukuman penjara dan seumpamanya yang munasabah.
Sekiranya permohonan rayuan seseorang berjaya, pemohon akan dikecualikan daripada:
a) Kaedah 5(3)e mengenai Sijil Kehadiran Kursus KPP (JPJ2A)
b) Kaedah 5(3)(a)(b)(d) mengenai Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya)
c) Kaedah 5(3)(e) mengenai Sijil Kehadiran Latihan Amali asas (Pra-L) 6 jam (JPJL2B)
d) Modul Amali (8Jam) dan (QTI (2jam) di bawah arahan Jabatan Bil 7 Tahun 1998
tetapi pemohon perlu menjalani Ujian Bahagian II dan III iaitu ujian praktikal JPJ di mana-mana institut memandu yang di kehendaki.
Manakala bagi lesen vokasional (Teksi, Bas, GDL) sekiranya permohonan rayuan pemohon berjaya, pemohon dikehendaki hadir Kursus Teori (JPJ2C) sahaja dan mengemukakan sijil JPJL2C tersebut semasa urusan pembaharuan dibuat. 

Di harap sedikit sebanyak panduan di atas dapat memberi pengetahuan kepada anda sekalian. Sehingga jumpa lagi di kesempatan lain.

1 comment:

Nadhrah Ahmad Basri said...

nak tanya kalau saya sudah buat permohonan untuk lesen percubaan tamat tempoh dan permohonan saya berjaya, tetapi saya tak dapat untuk mejalani ujian praktikal dalam tempoh ditetapkan, bolehkah saya membuat permohonan semula pada masa akan datang?

Lori

Loading...