Monday, July 4, 2011

RAYUAN LESEN MEMANDU TAMAT HAMPIR 16 TAHUN

Bersua lagi kita dalam blog pemanduan berhemat. Kali ini saya ingin sentuh mengenai rayuan lesen memandu percubaan, lesen memandu  Cdl (Penuh) serta lesen Vokasional ( PSV Teksi, Bas, GDL).

Ramai di antara pemegang lesen memandu yang dibatalkan lesen mereka kerana gagal memperbaharuinya setelah tamat tempoh melebihi 1 tahun (Lesen Percubaan) atau 3 tahun bagi lesen memandu CDL (Penuh) & Vokasional (Teksi,Bas, GDL) tidak tahu mereka di beri peluang membuat rayuan semula dengan syarat-syarat tertentu.

Kemungkinan ramai yang kurang faham atau tidak tahu kepada siapa hendak di rujuk atau bertanya dan bagaimana prosesnya. Saya ada menguruskan beberapa kes lesen memandu rayuan dan salah seorang pelanggan telah tamat tempoh lesen memandu beliau hampir 16 tahun, dan Alhamdulillah beliau dapat semula lesen memandu kereta yang sudah lama terkubur itu dengan mengambil semula ujian Praktikal JPJ Bhg2 ( Bukit, Side Parking & 3 Penjuru) serta  Bhg3 (Jalanraya) sahaja. 

Perkara pertama yang kita kena pastikan sebelum membuat rayuan ialah memastikan lesen memandu yang lama masih mempunyai rekod yang sah dan semua saman di selesaikan terlebih dahulu. Antara syarat-syarat rayuan lesen memandu di benarkan seperti belajar di luar negara, masalah kesihatan, pernah menjalani hukuman penjara dan seumpamanya yang munasabah.
Sekiranya permohonan rayuan seseorang berjaya, pemohon akan dikecualikan daripada:
a) Kaedah 5(3)e mengenai Sijil Kehadiran Kursus KPP (JPJ2A)
b) Kaedah 5(3)(a)(b)(d) mengenai Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya)
c) Kaedah 5(3)(e) mengenai Sijil Kehadiran Latihan Amali asas (Pra-L) 6 jam (JPJL2B)
d) Modul Amali (8Jam) dan (QTI (2jam) di bawah arahan Jabatan Bil 7 Tahun 1998
tetapi pemohon perlu menjalani Ujian Bahagian II dan III iaitu ujian praktikal JPJ di mana-mana institut memandu yang di kehendaki.
Manakala bagi lesen vokasional (Teksi, Bas, GDL) sekiranya permohonan rayuan pemohon berjaya, pemohon dikehendaki hadir Kursus Teori (JPJ2C) sahaja dan mengemukakan sijil JPJL2C tersebut semasa urusan pembaharuan dibuat. 

Di harap sedikit sebanyak panduan di atas dapat memberi pengetahuan kepada anda sekalian. Sehingga jumpa lagi di kesempatan lain.

22 comments:

Unknown said...

nak tanya kalau saya sudah buat permohonan untuk lesen percubaan tamat tempoh dan permohonan saya berjaya, tetapi saya tak dapat untuk mejalani ujian praktikal dalam tempoh ditetapkan, bolehkah saya membuat permohonan semula pada masa akan datang?

Unknown said...

lesen saya mati 5 tahun lepas.rayuan sudah buat dan test pun dah lulus semuanya.cuma rekod saya D dan saya mohon DA ..boleh ke saya dapat lesen ?

Unknown said...

Saya ada saman jpj dan dikehendaki hadir ke makamah,tetapi saya tidak hadir.oleh kerana itu,lesen memandu saya tidak boleh diperbaharui.saya tidak ada lesen memandu selama 10 tahun.apa perlu saya lakukan?

LIBRA SPIRIT said...

Saya ada saman tertunggak dizaman kerajaan BN..dan tidak dapat renew lesen memandu.lesen saya mati dah 5 tahun.Setelah kerajaan PH mengambil tampuk pemeritahan semua saman tertunggak dimansuhkan.soalan saya bolehkah saya renew lesen memandu saya semula.kalau boleh apakah melalui rayuan ?

Unknown said...

Salam saya ada lesen sebelum nie tapi da mati oleh sebab pada zaman saya dulu ,saya tudak mampu nak hifupkan lesen memandu walaupun ketika itu hanya rm30 saja.bila saya dapat mengumpul sedikit duit dan cuba hendak manghidupkan kesen saya tiba tiba pihak kuanter joj maklum pada saya yang saya mempunyai saman saya telah pun memaklumkan bahawa saya tidak pernah di saman bila periksa kawan saya telah disaman dan menyebab kan lesen saya tak dapat di hidupkan.kerana masalah kewangan saya tak dapat hendak melunaskan saman tersebut.dan saya terus balik dan membiqrkqn lesen begitu saja.untuk meminta gangti rugi beliau sudah tidak lagi duduk di semenanjung .itu yang membuqtkan saya redha saja ...adakah saya boleh membuat rayuan lesen daya balik dan bagaimana caranye .terima kasih

Unknown said...

Lesen P untuk B2 tidak diperbaharui sejak 2011 (tamat tempoh) camana boleh dapat balik lagi x

Unknown said...

suami sy dia dah mati lesen memandu 13thn.saman sudah bayar.klau nk dpt lesen balik.tanpa ada urusan dengan sekolah memandu ,cuma berurusan dgn jpj.apa yg perlu sy bt.

Unknown said...

Mcm mna nk buat??sbb aku punya saman masih ada lagi

Unknown said...

lesen tamat tempoh 2 tahun masi boleh pebaharui ka?

Unknown said...

Assalam...sy pernah amik lesen D dan last test jpj jalan raya..tapi saya gagal test jalan raya...masa saya nk test skli lg,lesen L saya tamat tempoh...adakah saya boleh membuat rayuan utk memohon lesen P...sb lesen L dh tamat tempoh dlm 5tahun...macam mana sy nk mohon utk dpt kn lesen P

Naim said...

Boleh takde masalah. Cuma nama tak blacklist. Yg pasti g jpj bukak fail balik. Setel smua saman. Buat rayuan. Setel masalah. Bila dh lulus. Ekot je apa yg jpj mntak.

Naim said...

Pergi jpj buat rayuan

Naim said...

Kalau buat rayuan dan rayuan lulus. Suami akak tetap kena pergi ujian kelas memandu bahagian 2 dan 3. Sy tak psti bayaran brapa. Yg pasti tak mahal.

Unknown said...

Lesen memandu saya dah mati 9 tahun ..bolehkan saya buat rayuan..saya cek saman takde..tapi yg tertulis lesen disenarai hitam..kenapa ye

Unknown said...

Lesen D memandu Tamat tempo 9 tahun buat balik boleh ka tlg bagi tau sy mcm mn buat balik lesen D

Unknown said...

Lesen D tamat tempoh 15 tahun

Unknown said...

Assalamualikm dan Selamat pagi.. Lesen B2,D full dah 3tahun lebih so sy nak renew balik sebab saya baru habis jalani hukuman penjara 3thn ats kesalahan yg trtuntu so bila sy check di portal naik satu titik hitam kecil yg mnyatakan saya telah disenarai hitam so ada sesiapa boleh tolong beri pencerahan pada sy apa sebab jadinya mcm ni and apa tindakn harus sy lakukn utk dpt balik lesen2 suy.. Sekian Terima ksh

Unknown said...

Saya nak buat rayuan lagi sekali boleh ke...

ayed ramos said...

blog ni masih aktif ka? wife sy lesen x boleh renew since 2013.. tahun ni baru clear saman blacklist semua..masih boleh ke buat rayuan utk hidup kn lesen kalau dah tamat lebih 7/8 tahun ni? mcm mana nk cek lesen tu masih ada rekod yg sah mcm yg encik habaq kt atas tu?

Mahes Ram said...

Hi kwn2, Lisen Kereta (CDL) saya Mati pada tahun 2012. Saya tak renew sebab ada saman and masalah kewangan, hari ini saya telah menyelesaikan saman dan buat buat rayuan di JPJ yang terdekat, Rayuan saya masih dalam proses, Jika rayuan saya berjaya saya layak untuk dapatkan L dan boleh menjalani bahagian 2 and 3 JPJ untuk dapatkan Lisen saya...Selasai ceritanya.

Soalan saya Sekarang, Saya akan dapat PDL or CDL selepas lulus JPJ test bahagian 2 and 3?
masa lisen mati (CDL) so i akan dapat balik CDL or Macam mana?

Mahes Ram said...

I perlu CDL untuk bekerja sebagai Grab Driver.

E Rakyat said...

Bayar dulu saman tu. Klu mahal sangat@sebab tidak hadir mahkamah, awak pergi jpj minta kes dibuka semula. Anda akan dikehendaki hadir mahkamah kali 2. Akui kesalahan dan bayar denda dlm tempoh sebulan. Bayaran selalunya sangat murah. 600 drp 3k contohnya